Emas nugget palsu jangan tertipu
Saya baru sahaja kembali ke ofis dari bandar kajang, membeli coolblog (wah! bersama membantu promosi air coolblog di Metro Kajang oleh usahawan bumiputra) naik sahaja ke ofis dengan tercungap-cungap saya masuk ke bilik bos, buka saja pintu saya lihat Anep memegang sebungkus nugget emas (dah macam nugget KFC je saya tengok). “Wah, mana dapat ni Nep”, bukan senang nak tengok berketul-ketul nugget ditabur diatas meja (rasa nak kutip je ahahah).
Lantas saya bertanya, “sapa pergi mendulang ni?”, saya terus ambil satu nugget sambil membelek depan belakang, rasa nak gigit pun ada sebab nak test ketulenan emas, orang tua kata emas ni lembut dan boleh digigit, kenala try kan . Selepas belek 2-3minit, saya rasa lain macam je nugget ni, saya ambil batu hitam, gores sedikit, emmmm..ada colour emas, tapi masih tak berani untuk akui ketulenan nugget, anep buat muka sifar, hafiz pun buat muka sifar, saya rasa tak berpuas hati dengan ujian batu hitam ni je, saya ambil asid dan buat ujian sekali lagi. Goresan tersebut hilang, padam, lesap, meruap, cair atau apa sahaja bahasa yang sesuai kerana saya rasa kecewa warna emas tersebut luntur. SAH dan MAKIN SAH nugget ini palsu, bukan emas tetapi tembaga kuning yang biasa orang guna untuk menghasilkan emas palsu.
Sekali lagi rasa kecewa, siapalah yang sanggup buat sampai ke bentuk nugget untuk dijual kepada orang diluar sana, sekali tengok ia memang mudah untuk dianggap sebagai emas, dah jika ditoreh pun anda maybe masih ragu-ragu, tetapi jika ujian asid dijalankan, terbukti barang ini bukannya emas tulen tetapi tembaga kuning atau “copper pyrites” iaitu tembaga solid yang agak berat dan akan bertukar warna kepada hijau pada ujian asid (copper sulfate) untuk menguji ketulenan emas.
Saya lampirkan sedikit gambar nugget tersebut untuk pelawat Hafizjewel, Hati-hati jika ada mana-mana sipolan cuba menjual kepada anda.
Copper Pyrite: tembaga solid yang agak berat, kaler seperti emas, tetapi berubah menjadi hijau selepas ujian asid
Hati-hati ketika membeli emas, bawa mereka yang lebih mahir jika ada yang datang menemui anda menawarkan emas nugget pada harga yang murah, mereka mungkin cuba memerangkap anda.

July 27th, 2010 at 1:50 am
Terima kasih kerana berkongsi..kalu saya terbeli..hijau muka kite..mmm
Reply
October 7th, 2010 at 4:05 pm
Terima Kasih Saudara kerana sudi berkongsi dengan kami. Jika tidak silap saya pernah nampak berita bahawa terdapat sindiket dari Arfica yang menjual Nugget seperti diatas. Saya juga teringat ia Nugget tulen juga dengan cara ujian yang saudara gunakan barulah saya tahu rupa-rupanya Gangsa pun boleh tukar jadi emas. hahaha!!!
Reply
kenaa selalu hati2 jika ada rasa curiga atau urusniaga yang was-was, laporkan kepada pihak berkuasa.
Reply
December 12th, 2010 at 9:04 pm
syukurlah tuhan jadikan kulit saya allergic pada logam selain emas dan perak. haha.
Reply
December 12th, 2010 at 9:04 pm
syukurlah tuhan jadikan kulit saya allergic pada logam selain emas dan perak. haha. senang sikit nak test ketulenannya
Reply
December 14th, 2010 at 4:38 pm
tq bagi info…
Reply