Emas 999 untuk dijual atau ditukar
Adakah anda berminat untuk melabur didalam emas? kini kami di hafizjewel.com memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan gold bar sebagai sebagai salah satu aset pelaburan anda.
Rasanya sudah ramai yang tahu mengenai kebaikan melabur didalam emas, bukan sahaja kerana nilainya yang sentiasa meningkat, malah emas dapat diterima dimana sahaja sebagai medium pertukaran, contohnya sewaktu keadaan gawat dimana wang kertas tidak mempunyai value lagi. Jika anda tahu apa yang berlaku di zimbabwe ketika ini, ada pasti memahami apa yang kami maksudkan.Bersediakah anda?
Selain emas seperti 916, rantai emas, cincin emas, sebenarnya pelaburan dalam emas yang terbaik adalah dengan melabur didalam Jongkong emas 999 atau lebih dikenali sebagai gold bar. Kenapa gold bar? cuba anda lihat harga emas 916 segram di kedai emas sekarang dan cuba anda bandingkan dengan harga segram emas jongkong, nilainya adalah lebih kurang hampir sama? bagaimana nilai segram emas 916 atau 91.6% emas boleh hampir sama dengan nilai 99.9% emas? sedangkan kualitinya berbeza. Ini kerana harga emas 916 yang dijual dikedai adalah harga emas yang telah diproses, dijadikan bentuk yang menarik atau dengan bahasa biasa, “harga upah”, ini berbeza berbanding emas 99.9% yang dijual pada nilai materialnya sendiri.
Perbezaan ini akan nampak lebih ketara ketika anda menjual sebentuk emas, cuba anda lihat dibelakang surat emas yang anda beli, kebiasaanya disitu dinyatakan harga emas anda akan susut sebanyak 20-27% dari nilainya jika anda ingin menjualnya. Adakah anda faham kenapa? kerana nilai material emas 916 adalah jauh lebih rendah. Jangan pening kepala ye, andaikan sahaja anda membeli telefon baru, jika anda ingin menjual keesokannya harganya pasti akan jatuh, begitu juga emas 916. sama juga apa berlaku kepada kereta, motor dan bas.
Disinilah kelebihan emas 999 dimana ia dijual pada harga materialnya, penurunan harga emas 999 antara yang baru dan lama tetap berlaku (dalam tempoh yang singkat) , tetapi peratusannya adalah sangat kecil dan jika anda menyimpannya untuk suatu tempoh, anda boleh memperolehi keuntungan sehingga 27% setahun. Bagaimanapun emas 916 tetap memberi keuntungan jika disimpan untuk suatu tempoh, tetapi emas 999 akan memberi lebih keuntungan. Keputusan ditangan anda, untung tetap untung, samada anda mahu lebih atau kurang sahaja. Kami sarankan anda untuk dapatkan yang terbaik untuk aset pelaburan anda.
Bagaimana untuk membeli gold bar* dari kami atau menukarkanya menggunakan simpanan emas anda, sila rujuk disini.

July 16th, 2009 at 4:29 pm
rujuk kat mana yea?
Reply
August 3rd, 2009 at 3:20 pm
Tuan rumahnya tak ada ke?
Reply
ada sam.. nanti saya bagi link ye
Reply
August 7th, 2009 at 5:27 pm
I’m interested to purchase 999 gold bar etc. Any1 willing to sell?
Reply
Hi mr khalid, kami di hafizjewel boleh jual kat u pada harga RM11,367.00 untuk 100gms, jika berminat boleh hubungi shahrul 012-2301015 (hafizjewel.com), u nak bayar cash or trade in dgn jewelry lain..
Reply
August 28th, 2009 at 9:48 am
Saya punya platinum sebagai berikut :
Platinium Johnson Matthey Assayers & Refiners,
Kandungan: 99,99%,
Berat: 320 Gram/Batang,
Kode Produksi: Pt.51780 tahun 1964,
Serifikat: Lengkap untuk setiap
batangnya (dalam kotak
kuningan tercetak tulisan
yang sama dengan
batangannya),
Jumlah: Banyak (+100 Batang),
Apakah saya bisa menjual Ke Hafizjewel?
Reply