Artikel ini adalah berkenaan proses “Trade In” 916 kepada 999, kelebihannya dan langkah seterusnya jika anda berminat melabur didalam komoditi emas.

Jika anda pernah melawat ke laman web saudara Shukor di Jutawan emas, mungkin sudah faham betapa pentingnya diversifikasi didalam pelaburan dengan melabur didalam emas. Bagi mereka yang belum, Saya letakkan beberapa link untuk meningkatkan pengetahuan anda didalam pelaburan emas.

1. Kenapa emas

2. Keistimewaan emas sebagai penyimpan kekayaan

3. Dalam apa jua situasi politik menyimpan emas menguntungkan anda.

4. Recommended Forum: Soal jawab didalam pelaburan emas

Kelebihan sistem “Trade In” di Hafizjewel.

1. Percentage nilai susut emas 916 berkurang. Jika anda mempunyai sebarang surat emas, sila rujuk di belakang, dinyatakan disitu, harga emas terpakai akan susut sebanyak 20-30% jika ditukarkan kepada wang tunai. Dengan sistem “trade in”, percentage yang susut adalah dalam linkungan 10-20% sahaja, Ini bermaksud, anda mendapat harga lebih tinggi untuk emas 916 berbanding menjualnya dan membeli emas 999 dari agen yang lain.

2. Lebih untung. Apabila anda trade in 916 kepada 999, pembeli 916 (juga penjual 999 disini) akan mengurangkan separuh keuntungan dari pembelian emas dan separuh keuntungan daripada penjualan emas 999. Ini bermaksud anda dapat menjual emas 916 pada harga lebih tinggi dan dapat membeli emas 999 pada harga yang lebih rendah dalam satu transaksi. Anda lebih untung daripada urusniaga disini.

3. Diversifikasi pelaburan kekal, cuma bentuknya berubah dan valuenya lebih stabil. Jika anda menyimpan emas untuk tujuan pelaburan, harga emas 999 adalah stabil kerana nilainya tetap pada indeks emas tempatan dan antarabangsa berbeza dengan emas 916. Pelaburan dalam emas 999 juga dapat mengurangkan kesan inflasi pada nilai emas tersebut. Manakala bentuknya yang kecil pula membolehkan anda menyimpan ditempat yang lebih selamat.

4. Peace of Mind. Dengan membeli emas daripada Hafizjewel, sebarang masalah atau kerumitan anda pada masa akan datang, anda hanya terus berhubung dengan kami. Membeli emas 999 daripada syarikat lebih secured berbanding membeli melalui agen individu. Malahan anda dapat mengurangkan caj komisyen oleh agen. Harga emas 999 , sila rujuk website ini untuk PB (click here) dan sini untuk PS | Pamp Suisse (click here)

Anda bersetuju untuk “trade in” emas 916 kepada emas 999? isikan form dibawah

Your Name (required)

Your Email (required)

Your Phone Number (required)

Your Location

Other Note: eg.berat 916, berat 999, tarikh untuk berurusan

Berikut adalah proses “Trade In” emas 916 kepada emas 999 di Hafizjewel.

1. Hubungi kami atau datang ke pejabat hafizjewel.03-87395415 atau isi form dibawah

2. Penilai emas kami akan menilai value semasa emas 916 anda dan seterusnya proses rundingan sehingga kedua-dua pihak bersetuju.

3. Harga 999 biasanya adalah tetap dan mengikut index emas semasa. Bagaimanapun untuk volume tertentu, anda masih boleh meneruskan proses rundingan sehingga kedua-dua pihak bersetuju.

4. Proses jual beli selesai, seterusnya adalah akad jual beli emas mengikut syarak antara pembeli (anda) dan penjual (kami). Semoga kedua-dua pihak berpuas hati dan hubungan kita berterusan dari semasa ke semasa.

5. Sebarang masalah atau bantuan selepas rundingan atau transaksi, anda boleh rujuk kepada kami. Kami sedia membantu. Hubungi pejabat Hafizjewel : 03-87395415 atau Hafiz: 012-3349940

Related Posts with Thumbnails