Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Entries Tagged ‘jenis emas’

Hebahan umum

Kepada semua rakan-rakan sekalian, sukacita kami maklumkan sekali lagi berkenaan majlis makan tengahari sempena Hari Ibu dan Ayah di Restoran Sri Melayu pada esok, Sabtu 07/05/2011. Tetamu bertuah bakal memenangi pelbagai hadiah menarik yg disediakan di majlis tersebut. Hafiz Jewel akan menaja hadiah berbentuk barangan kemas berjumlah RM15000 dalam bentuk cincin berlian dan sebagainya. Maklumat penuh berkenaan majlis berkenaan boleh anda perolehi di post kami sebelum ini dan website Restoran Sri Melayu. Datanglah beramai-ramai bersama keluarga !!!

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengajak rakan-rakan yang berkelapangan untuk hadir ke Konvensyen Kewangan Islam 2011 yang akan diadakan di Masjid Shah Alam. Seminar ini akan membincangkan antaranya soal riba di dalam urusan jual beli emas dan perak. Adalah menjadi objektif Hafiz Jewel untuk menjadi sebuah syarikat yang menjalankan urusniaga jual-beli emas secara syariah compliance keseluruhannya. Insya ALLAH.

Menilai Ketulenan Emas

Artikel ini disediakan bagi membantu menjawab persoalan pelanggan-pelanggan kami berkenaan kaedah menguji ketulenan emas. Kami akan terangkan beberapa perkara asas yang penting sebagai panduan. Umumnya, emas tulen berwarna kuning terang berkilat, lembut dan padu. Emas secara semulajadi berbentuk butiran dan nugget di celahan batu, tanah dan sebagainya. Kualiti emas semulajadi berbeza-beza di antara satu tempat dengan tempat yang lain bergantung kepada kandungan logam asing di dalamnya. Ketulan emas ini kemudiannya dilebur dan dibentuk samada untuk perhiasan atau simpanan (jongkong). Pencampuran dengan logam lain semasa proses peleburan juga mengurangkan nilai ketulenan emas.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menilai ketulenan emas, iaitu:
1) Densimeter
2) Ujian asid
3) Ujian secara fizikal

Gold Densimeter
Densimeter merupakan kaedah terbaik yang dapat memberikan nilaian dgn tepat, kosnya agak tinggi berbanding kaedah lain kerana menggunakan peralatan moden termasuklah penimbang elektronik. Biasanya hanya bank-bank pajakan seperti AgroBank dan Bank Rakyat sahaja menggunakan peralatan ini. Prinsip asas densimeter adalah mengukur ketumpatan emas, di mana ketumpatan emas tulen pada suhu bilik ialah 19.3g/cm3. Dengan menggunakan prinsip Archemedes dan teori ketumpatan jisim, ketumpatan sesuatu emas dapat dinilai. Perlu diingat kaedah ini dapat memberikan bacaan yang jitu untuk emas jongkong dan emas dalam bentuk padu sahaja. Ketulenan emas dalam bentuk barangan perhiasan emas tidak boleh dinilai dengan tepat kerana terdapat banyak ralat yg mengangganggu bacaan.

Ujian Asid
Ujian ini merupakan kaedah yang paling popular dan belanjanya juga tidak mahal. Peralatan yang diperlukan termasuklah batu hitam , asid nitric dan asid hydrocloric yang disukat pada pH yang betul. Kaedah ini sangat sesuai untuk menentukan kualiti emas dalam bentuk barangan perhiasan. Permukaan barangan emas digosok pada batu hitam akan meninggalkan kesan kuning, dan seterusnya diuji menggunakan kedua-dua asid. Perlu diingat setiap jenis emas akan memberikan kesan warna kuning yang berlainan pada batu hitam. Secara umumnya, semakin tinggi kualiti sesuatu emas, warna kuningnya akan semakin terang. Warna kuning pada emas yang kurang mutunya juga mudah luntur apabila dikenakan ujian asid berbanding emas yang berkualiti tinggi.

Ujian fizikal
Kata orang “Hanya jauhari yang mengenal manikam” sangat sesuai untuk menggambarkan kaedah ini. Hanya mereka yang berpengalaman dan telah lama dalam bidang ini dapat menentukan ketulenan emas secara fizikal dengan hanya mata kasar. Ini termasuklah berdasarkan cop pada emas tersebut, warna, berat dan kelembutan.

Tajaan hadiah oleh Hafiz Jewel di Restoran Seri Melayu sempena Sambutan Hari Ibu dan Bapa 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Hafiz Jewel akan menaja hadiah barangan kemas sempena Sambutan Hari Ibu dan Bapa 2011 di Restoran Seri Melayu Kuala Lumpur. Hadiah berupa 3 bentuk cincin berlian dan sebentuk cincin suasa bernilai RM15000 keseluruhannya bakal dimenangi tetamu-tetamu bertuah pada majlis makan tengah hari tersebut. Pelbagai anugerah disediakan termasuklah Anugerah Ibu RSM, Anugerah Bapa RSM dan Anugerah Istimewa. Cenderahati turut disediakan untuk semua tetamu.

Majlis ini akan diserikan dengan host-host istimewa; Helmi the Gimik dan Dato’ M. Daud Kilau. Hafiz Jewel mengalu-alukan semua untuk hadir ke majlis tersebut, mana tahu rezeki anda membawa pulang barangan kemas Hafiz Jewel . Tema untuk majlis kali ini adalah “Ayah dan Ibu, Ku sayang pada mu” dan warna tema adalah ungu dan putih. Pastikan anda datang beramai-ramai bersama keluarga dengan berpakaian sedondon kerana ada anugerah istimewa untuk keluarga yang hadir dengan anak teramai, dan kehadiran keluarga yang berpakaian mengikut warna tema.

Perincian majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: 07 Mei 2011 (Sabtu)

Masa: 11.30 pagi hingga 3.30 petang

Tempat: Restoran Seri Melayu, No. 1 Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila layari website Restoran Seri Melayu.

Pengenalan: Kategori Emas, Perak dan Platinum

Emas, perak dan kumpulan platinum dikategorikan sebagai logam berharga @ ‘precious metal’ yang merujuk kepada harga dan permintaan yg tinggi, selain sukar diperolehi. Secara sejarah, sejak zaman dahulu logam-logam ini telah digunakan sebagai matawang dalam urusniaga. Pada masa kini, selain dari digunakan dalam industri pembuatan, logam berharga juga diminati sebagai barangan kemas, pameran kesenian dan aset pelaburan.

Logam berharga ini dibahagikan kepada beberapa jenis menurut ketulenan yg diukur dalam unit millesimal fineness, iaitu unit bahagian perseribu oleh jisim bahan logam terbabit [1]. Sebagai contoh sekiranya logam tersebut mengandungi 85% emas, ia akan dinamakan sebagai “emas 850”.

Emas

Emas (gold, aurum) merupakan logam yg paling berharga masa kini. Selain sistem millesimal fineness, ketulenan emas turut boleh dikategorikan mengikut unit karat (K) di mana 24K adalah merujuk kepada emas tulen [2]. Emas tulen juga boleh dirujuk sebagai kandungan emas sebanyak 99.9% atau “emas 999” (millesimal fineness). Jadual dibawah disertakan untuk memudahkan pembacaan, dihasilkan berdasarkan kajian dan pengalaman kami sepanjang berurusan di dalam bidang ini.

Unit Karat (K) Unit perseribu jisim emas (‰) Peratus kandungan emas (%) Nama popular di Malaysia
24K Emas 999 99.9 Emas 10
23.16K Emas 965 96.5 Emas Thailand
22.8K Emas 950 95.0
22K Emas 916 91.6 Emas Singapura
21.6K Emas 900 90.0 Emas Kelantan
21K Emas 875 87.5 Emas Arab
20.4K Emas 850 85.0
20K Emas 835 83.3 Emas Batu Pahat
19K Emas 790 79.0 Emas Paun
18K Emas 750 75.0
16.8K Emas 700 70.0 Emas Indonesia
14K Emas 585 58.5 Emas campur, emas 9
12K Emas 500 50.0 Emas Indonesia
10K Emas 416 41.6
9K Emas 375 37.5 Suasa

Walaubagaimanapun di pasaran Malaysia, jenis emas yang biasa kita temui adalah emas 999, 916, 835, 750, 585 dan suasa. Secara umumnya emas tulen berwarna kuning, namun terdapat juga emas berwarna lain. Rose gold dihasilkan dengan mencampurkan tembaga dan perak ke dalam emas, manakala emas putih terhasil dengan pencampuran emas dan palladium.

Perak

Perak atau silver, argentum merupakan logam kedua paling diminati di Malaysia. Ketulenan perak dikategorikan mengikut sistem millesimal fineness bermula dari 750 sehingga 999, di mana 999 adalah perak tulen [3]. Walau bagaimanapun di Malaysia kita biasa menemui perak 925 dalam bentuk perhiasan, dan perak 999 dalam bentuk jongkong.

Platinum

Platinum merupakan salah satu unsur dalam kumpulan platinum yg juga terdiri dari rutherium, rhodium, palladium, osmium dan iridium [4]. Platinum dikategorikan dari 850 hingga 999 (platinum tulen) menurut millesimal fineness. Di Malaysia, kita biasa menemui platinum 950 dalam bentuk perhiasan.

Rujukan:

[1] http://en.wikipedia.org/wiki/Millesimal_fineness

[2] http://en.wikipedia.org/wiki/Carat_%28purity%29

[3] http://en.wikipedia.org/wiki/Silver

[4] http://en.wikipedia.org/wiki/Platinum_group

Related Posts with Thumbnails






New Lelong Item..

  • Kemaskini: Lelongan siri 6 Cincin Emas CZ1217
    Terima kasih atas sokongan... 
    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera