Salam mesra semua, apa khabar? kali ini kami hanya ingin mengupdate sedikit maklumat sahaja untuk pengetahuan pelawat Hafizjewel sekalian, kini berhampiran ofis kami di Reko Sentral Kajang, mula diwujudkan Bazar Malam atau lebih femes lagi dikenali sebagai “Downtown”, ini bukan downtown cheras, ini adalah Downtown Kajang or Downtown Jalan Reko, mana-mana sahaja yang anda rasa sesuai untuk dipertuturkan.

Downtown ini baru sahaja dirasmikan pada 4 Jun 2010 oleh sipolan bin sipolan (ahaha, terlupa siapa namanya), upacara perasmian semacam pesta pula di sini, sungguh girang gemirang, meriah sekali, mujur funfair dan badut-badut je tak hadir kalau tak, dah rasa macam bekerja di Genting je kami. Antara artis yang hadir dalam upacara perasmian adalah Aris Ariwatan, Dayang Nurfaizah, Noraniza Idris dan Enc Hafiz kami sendiri (haha, walaupun, cuma sebagai pelawat). Kami lampirkan sedikit gambar warna warni khemah-khemah yang dipasang sekeliling ofis kami.

Keadaan Downtown Kajang dari ofis kami

Siti memeriahkan suasana sepi downtown Kajang disiang hari sebelum pelancaran

Downtown Kajang betul-betul didepan ofis kami

Jika anda ada kelapangan masa, datanglah melawat ke ofis kami sambil membeli belah disini, ofis kami dibuka sehingga jam 9.30 malam setiap hari.

Related Posts with Thumbnails