Surat Pajak
Sila baca FAQ dibawah form ini untuk membantu anda, jika anda bersedia untuk menjual surat pajak kepada kami, sila isikan borang dibawah. Kami akan menghubungi anda untuk urusan lanjut.
Bagaimana untuk berurusan surat pajak dengan kami?
Untuk berurusan bagi surat pajak, anda hanya perlu menghubungi kami melalui telefon atau form “sell-gold”, kami boleh ketempat anda untuk berurusan. Kami akan membuat kiraan semula berapa interest yang dikenakan dan membantu menebus item anda didalam surat pajak.
Adakah kami membeli surat pajak?
Untuk maklumat anda kami hanya membeli emas yang dipajak, kami akan menebus emas didalam surat pajak, menilainya semula berdasarkan indeks semasa dan kami akan membayar baki kepada anda (baki = nilai item terkini - nilai item yang dipajak). Bagi surat pajak yang telah tamat tempoh ia bergantung kepada budi bicara, pihak kami tidak mempunyai sebarang masalah untuk berurusan.
Siapakan yang harus menebus didalam kedai pajak?
Mereka yang berhak menebus item yang dipajak hanyalah mereka yang memajak item tersebut didalam kedai pajak, pemajak tidak boleh mewakilkan pihak lain untuk menebusnya.
Bolehkah saya menebus kembali item yang telah tamat tempoh?
Ia bergantung kepada kedai pajak itu sendiri, anda harus cuba untuk bertanya kepada mereka.
Dimanakah tempat pajakan yang boleh dilakukan?
Antara tempat pajak yang biasa adalah Bank Rakyat, Ar-Rahnu dan Kedai Pajak Konvensional.
Bolehkah saya mendapat untung dengan menjual item yang dipajak?
Anda harus ingat setiap item yang dipajak berada dibawah nilai semasanya, sekiranya anda tidak dapat menebus item dalam tempoh masa yang ditetapkan, adalah lebih baik anda menjualnya untuk mendapatkan lebih nilai bergantung kepada index emas semasa. Semakin lewat anda menunggu, interest anda akan makin bertambah sehingga sampai suatu tahap, nilai item anda tidak dapat ditebus kembali.
Snippets: sebelum anda keluar dari kedai pajak, pastikan item yang diambil adalah milik anda sama seperti bentuk asalnya dan berat dengan yang dicatat di kertas pajak. Jangan bawa barang tersebut keluar dari kedai pajak sehingga anda sendiri pasti akan berat dan bentuknya adalah milik anda.
Sebarang persoalan berkenaan surat pajak boleh ditulis didalam komen box dibawah, kami akan cuba menjawab sebaik mungkin untuk membantu anda.
Leave a Reply