Sesi lelongan ketiga bakal bermula!
Salam sejahtera kepada semua pengunjung hafizjewel yang dihormati, saya ingin memaklumkan kepada anda, sesi lelongan emas ketiga bakal bermula pada Isnin 27.4.09, Ada enam bentuk emas akan dilelong kali ini, termasuk beberapa bentuk emas putih yang menjadi pilihan remaja kini.Inilah peluang anda untuk mendapatkan barangan kemas pada harga terendah, jangan lupa bid ye!!
Berita baik untuk anda, item-item kali ini tidak hanya berbentuk cincin seperti sesi lelongan-lelongan yang terdahulu. Kali ini mungkin rantai, gelang, loket atau subang akan dilelong. Bagi mereka yang sudah mempunyai banyak koleksi cincin, mungkin item lelongan kali ini dapat menarik minat anda.
Pada mereka yang tidak mengikuti sesi lelongan Hafizjewel sebelum ini, sesi lelongan pertama dimenangi oleh mr.fazrul dan mr.perfectwater (keseluruhan) dan pada sesi lelongan kedua mr.fazrul membolot semua item yang dilelong. Nampaknya hafizjewel masih ketandusan pemenang dari pihak mrs yang sepatutnya menjadi champion dalam urusniaga emas ni. Kenapa? saya masih belum menemui jawapannya lagi.
Sedikit pembaharuan lagi, sesi lelongan kali ini akan bermula pada hari isnin, dan juga akan berakhir pada hari isnin, ini bagi memberi peluang kepada bidaan last pada hari bekerja berbeza sebelum ini, tarikh akhir bidaan biasanya pada hari ahad, iaitu hari user paling kurang online kerana masa itu mungkin untuk family yang lebih berharga dari emas, intan, berlian…
Bagi anda yang belum memahami syarat untuk bidaan lelongan sila rujuk artikel ini. Selamat membida ye!
p.s: Buat saudara fazrul dan perfectwater, memang takde nak bagi can ke pembida lain ke?
Related posts:
April 25th, 2009 at 1:49 pm
alhamdulilah kita akan msk kepusingan lelongan ke 3, tahniah buat en fazrul yg menang utk pusingan yg lalu, ari tu saya tak sempat nak update bid last minute saya kena g luar daerah, yg sedihnya tempat tu tak ada kemudahan wifi (hotel) dan internet. saya mmg bekenan dgn cincin tu. tak pe rezeki en fazrul. x sabar nak tgk koleksi utk bidaan kali nie.
utk rakan2 semua selamat ….. membida.
Reply
April 26th, 2009 at 2:43 pm
eyda, same goes to me. Mase yg 1st tu nk dijadikan xde rezki internet opis plak problem. So, xdpt jgk le. Kl x sori la en perfecwater n fazrul..hehe. Insyallah utk sesi ke-3 ni sy akan bid.
Reply
April 27th, 2009 at 10:51 pm
Salam,
Syabas atas semangat tinggi yang dipamerkan. Saya seperti biaa akan menyahut cabaran hingga ke detik terakhir bidaan kali ini.
Kita tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!
thx!
Reply