Sesi lelongan emas kedua akan bermula
Ini hanyalah short-message dari saya, sukacita dimaklumkan lelongan kedua kami akan bermula pada 17 March 2009. Tunggu!!
UPDATE : Kami masih tidak dapat mengupload data, item-item untuk lelongan kedua belum lagi dapat dikemaskini harap maklum (19/3/09)
Sedikit cerita yang ingin saya kongsi, pada hari ahad yang lepas, saudara fazrul yang hyper-active disini telah membawa pulang sebentuk cincin berlian dengan potongan “50%” dari hafizjewel. Wah! berbaloi tak fazrul? cerita sedikit, hadiah tu untuk siapa? saudara fazrul sebenarnya berada di Permatang Pauh (kawasan panas ni!!) telah mewakilkan sahabat beliau untuk mengambil hadiah kemenangan iaitu Cincin Berlian B394 di kedai kami di bandar Baru Bangi. Tahniah kepada beliau.
Manakala saudara perfectwater yang memenangi 3 items pula akan mengambilnya pada 25-26 March ini (Bersempena Pemilihan UMNO 2008), Diharap beliau sempat ke kedai kami, kerana biasanya mereka yang terlibat 24 jam sibuk dengan urusan tersendiri. Sudilah kiranya mengunjungi kedai kami ye.
Bagi mereka yang sedang menunggu untuk mendapatkan emas pada harga yang murah, teruskan mengikuti blog ini. Jangan lupa siapkan blog masing-masing untuk dapatkan potongan promosi. (Bagi mereka yang belum mendaftar blog, inilah masa untuk anda mendaftar, mudah sahaja, hanya daftar di http://www.blogspot.com.
Tunggguuu!!!
Related posts:
March 17th, 2009 at 9:40 am
Salam Tuan Admin,
Jutaan terima kasih kepada pihak HJ kerana bekerja keras menjayakan lelolang siri pertama dengan jayanya. Saya amat bertuah kerana terpilih menyertai sesi lelongan ini.
Buat Saudara Hafiz, terima kasih kerana sudi menyerahkan sendiri cincin tersebut kepada rakan saya Anuar. Wahh bawa kereta besar yee… Anyway, million thanks sebab sudi membuat percubaan keatas berlian pada cincin tersebut dengan menggunakan alat khas bagi mengesahkan ketulinan cincin tersebut.
Saya 100% amat puas hati dengan cincin tersebut dan akan menghadiahkan cincin ini buat isteri saya bagi mengantikan cincin pertunang yang telah hilang dahulu.
Akhir sekali saya ucapkan syabas dan teruskan usaha mempromosikan HJ ini diruangan blog agar menjadi satu lagi trend yang jarang-jarang terdapat di Malaysia ini.
Insayallah saya akan terus mempromosikan HJ di blog saya dan akan terus mencuba nasib membida dalam siri lelongan yang akan datang.
Salam mesra,
Fazrulls
Reply
March 19th, 2009 at 12:28 pm
Salam Hafiz,
Saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan yangtelah diberikan untuk memberikan saya masa untuk mengambil cincin yang berkenaan. Sememangnya saya rasa tak sabar-sabar lagi untuk bertandang ke kedai tuan. Insya Allah, jika tiada aral melintang akan saya sampai ke kedai tuan.
thx!
Reply
March 20th, 2009 at 9:54 am
salam admin, biler nakk mula lelong sesi kedua..
tak sabar nak tengok barang, maner tau ader rezeki boleh buat cincin tunang or nikah…
insyaallah akan bernikah akhir tahun…
Reply