Alhamdulilah, sudah 2 minggu saya ternanti saat ini untuk mengumumkan pemenang bagi siri lelongan pertama di hafizjewel. Ini first time saya mengelolakan segmen lelong-melelong ini, walaupun tidaklah sehebat di lelong.com.my tetapi bangga juga kerana respon baik yang diterima dari pembida di blog yang baru berusia 2 minggu ini. he he he

Melihat kepada sambutan yang menggalakkan, tidak cukup melalui ruangan komen dan email, telefon kami turut berdering bertanyakan emas yang dilelong. Berbalik kepada awal story, niat kami melelong adalah untuk meningkatkan blog kami dilinkkan pada blog/website pembida, sbb itu wujud promosi 50% dan 25% itu, kami mmg dari awal berniat untuk melelong dengan harga paling murah, dari segi link blog ini, nampaknya masih banyak improvement kami perlu lakukan di masa akan datang.

Tetapi dari respon yang diterima, ramai yang membida tahu bahwa value emas yang dilelong adalah tinggi, dan masing2 tidak melepas peluang untuk membida pada harga yang mereka mampu. Dan akhir sekali keputusannya, harga yang dibida tetap berada dibawah value sebenar dan the winner are so much lucky! caya lah..

Berikut adalah keputusan pemenang emas hafizjewel di lelongan siri pertama

Cincin Emas Code B394 -> Fazrul RM411.11
Cincin Emas Code 397 -> perfectwater RM301.31
Cincin Emas Code 391 -> perfectwater RM265.65
Cincin Emas Code 366 -> perfectwater RM325.25

Insyallah jika ada kesempatan masa dan pemenang bersetuju, saya akan mengambil beberapa keping gambar untuk dipaparkan didalam blog ini, semasa barang kemas tersebut diserahkan kepada pemenang.

Siri kedua akan menyusul selepas ini, sila tunggu ye, selalulah melawati blog hafizjewel. We buy gold at the highest price! contact us 0123349940

Sedikit rumusan/fakta dalam tempoh lelongan.

1. sambutan pada minggu pertama sangat menggalakkan, kebanyakannya wanita yang membida. bukan saja di semenanjung disabah pun ada. Tetapi akhir keputusan tiada wanita yang menang, ah why? ke nak saya tukar bidaan kepada bentuk sms ni, barulah wanita jadi jagoan kot..

2. seramai 8,108 unique visitor melawat blog ini dalam tempoh 2 minggu.

3. Pada isnin 2 March 2009, adalah hari paling ramai dilawati visitor, seramai 1,334 orang

4. Kami dapati kebanyakan visitor kurang arif mengenai blog dan simple code, isnyallah next time kami akan sediakan code untuk dicopy paste.

5. User paling aktif, fazrul, perfectwater, azam, julia (last minute), azam.

Apa-apa pun terima kasih diatas segala respon, kami akan berusaha untuk membaiki mana yang kurang untuk masa akan datang.. salam ukhuwah dari hafizjewel.

Kongsikan info ini kepada rakan-rakan anda di:

Related posts:

  1. Keputusan lelongan emas Raya 2009
  2. Sesi lelongan emas kedua akan bermula
  3. Sesi lelongan ketiga bakal bermula!
  4. Bagaimana untuk mengikuti sesi lelongan
  5. Sesi lelongan bermula! sebarang soalan?