Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan Kareem
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung laman web Hafiz Jewel.
Alhamdulillah hari ini 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432, seluruh umat Islam khususnya di Malaysia memulakan ibadah puasa yang juga merupakan rukun Islam yang ketiga. Bersempena dgn bulan yang penuh barakah ini, marilah kita mempertingkatkan taqwa kepada ALLAH, dengan berpuasa sebaik-baiknya di siang hari; menjaga mata, hati, lidah dan telinga dari segala perkara yang mungkar. Di malam harinya kita isi dengan ibadah-ibadah sunat seperti terawih dan bacaan al-Quran. Jangan lupa juga untuk memperbanyakkan bersedekah membantu mereka yang lebih dhoif dari kita, insya ALLAH pahala di bulan ini dilipat gandakan. Akhir sekali, beringatlah semasa membeli/memasak lauk berbuka puasa, kerana bimbang dibazirkan pula lauk pauk yang berlebihan.
Insya ALLAH, Hafiz Jewel akan dibuka seperti biasa, jam 9pagi. Kami akan menutup kedai seketika pada jam 6ptg untuk persiapan berbuka puasa, dan dibuka semula jam 8.30mlm sehingga 10:00malam. Staf yang bekerja sebelah malam akan digilirkan berehat untuk memberikan kesempatan kepada mereka mengerjakan solat terawih secara berjemaah di suaru @ masjid, insya ALLAH.
Terimalah sebuah nasyid dari kumpulan Rabbani, Ahlan wa Sahlan ya RAmadhan. Kredit kepada syahrulazhar89 atas video di youtube ini.

Leave a Reply