-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_07521.jpg
Pengarah Hafizjewel, Enc Hafiz menyambut ketibaan anak-anak yatim dari Rumah Kebajikan Selayang, Selangor
-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_07021.jpg
Isteri pengarah Hafizjewel kami, Puan Norhafizan bergambar ceria bersama Anak-anak Yatim dari Rumah Kebajikan Banting Selangor
-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_06851.jpg
Pengarah Hafizjewel, Enc. Hafiz menghulurkan duit raya kepada anak-anak yatim dan kanak-kanak yang hadir
-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_07031.jpg
Siti bergambar mesra bersama anak yatim dari rumah kebajikan Banting, Selangor
-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_07821.jpg
Keadaan didalam rumah pengarah kami, penuh dengan kaum ibu dan anak-anak gadis berbual mesra
-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_06641.jpg
Kecil besar tua muda menjamu selera dengan pakaian raya yang penuh warna warni memriahkan majlis kami
-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_07571.jpg
Sate ayam, daging dan perut menjadi antara feveret utama tetamu.
-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_06531.jpg
Siti menyambut ketibaan anak-anak yatim dengan coklat dan hadiah kenang-kenangan
-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_07431.jpg
3 Ekor kambing dikorbankan untuk dinikmati tetamu yang hadir
-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_07311.jpg
Terima kasih kepada Abg Bob yang bertungkus lumus tidak cukup tangan memanggang kambing dan menyediakan juadah kepada tetamu yang hadir
-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_06721.jpg
Kami meraikan 6 buah rumah kebajikan dan rumah-rumah anak yatim sekitar Selangor dan turut menyumbangkan sedikit sumbangan untuk mengurangkan bebanan pihak pengurusan rumah-rumah kebajikan tersebut.
-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_06621.jpg
Tetamu menikmati juadah Sate Kajang, Nasi Minyak, Kambing Bakar antara menu utama yang kami sediakan.
-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_06451.jpg
Kehadiran Puan Pengurus Rumah Anak Yatim Darul Syifa memeriahkan majlis kami.
-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_07951.jpg
Staff Hafizjewel yang bekerja pada hari Majlis Hari Raya, sempat singgah ke rumah pengarah kami untuk turut menikmati juadah.
-
Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010
http://www.hafizjewel.com/wp-content/uploads/2010/10/DSC_08111.jpg
Tulang belakang Hafizjewel, Enc Najmi memberi posing terbaik untuk kepada jurukamera pada majlis Hari Raya tahun ini.
Pada 2 Oktober baru-baru ini, kami di Hafizjewel telah mengadakan Rumah Terbuka dan Majlis Sambutan Hari Raya bersama-sama dengan 7 buah rumah kebajikan dan Anak Yatim sekitar Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur. Majlis kami yang bermula pada jam 11.00 pagi bertempat di rumah Pengarah Urusan Hafizjewel, Enc. Hafiz Rashidi diadakan dengan tujuan utamanya memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim sekitar sini dan pada masa yang sama meraikan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan mereka.
Majlis yang diserikan dengan alunan lagu raya yang telah siap disusun oleh Siti mula terasa pada awal pagi apabila kami dimeriahkan dengan kehadiran Exco Pemuda UMNO Pusat, Enc Lokman Noor Adam yang tiba pada jam 11.00pagi bersama keluarga sebelum bertolak ke Rembau untuk urusan kerja beliau. Terima kasih diatas kesempatan beliau untuk hadir walaupun kepadatan Jadual beliau pada hari tersebut.
Kemeriahan kemudiannya disambung dengan kehadiran Adik-Adik Darul Syifa dari Rumah Kebajikan Setapak bersama dengan Puan Pengurus mereka. Enc. Hafiz dan Isteri Puan Norhafizan sendiri turun menyambut ketibaan mereka dengan penuh senyuman dan mempersilakan mereka menikmati juadah yang disediakan.
Antara juadah utama kami disini berupa Sate Kajang (off courselah, di Kajang kan), kambing panggang, nasi minyak, lemang, buah-buahan pencuci mulut, air bandung bersoda yang merupakan minuman feveret saya turut disediakan J dan pelbagai juadah lagi.
Kerancakan majlis hari raya mula kepuncak dengan kehadiran adik-adik dari Rumah Anak Yatim Sungai Buaya (Banting) diikuti Rumah Kasih Harmoni, Sg Buloh, Rumah Anak-anak yatim Darul Izzah, Rumah Anak-anak Yatim Hulu Klang - RUmah Bakti, Rumah Tumpangan dan Sekolah Anak Yatim Sg Pinang dan Rumah Titian Kasih, Titiwangsa.
Tetamu, saudara-saudara terdekat Hafizjewel, Ahli Surau Jalan 3 Bangi, dan sahabat handai yang hadir turut bersama dengan kami melayan Adik-adik dari rumah kebajikan dan menceriakan mereka dengan penuh suasana kasih sayang dan kemeriahan seperti hari raya pertama pula saya rasa. Seronok sekali J
Sebelum Adik-adik ini bertolak pulang, Enc Hafiz dan Puan Norhafizan memberikan sumbangan duit raya dan beberapa kapit beras untuk setiap rumah.
Majlis akhirnya mula perlahan setelah jam mencecah 5 petang, Cuma kehadiran rakan niaga kami Laden & Co, SA Jewelery, Zuki & Co dan rakan niaga yang lain menceriakan suasana petang di Teratak Putih Enc Hafiz.
Tetamu terakhir kami, Enc Adry Razali, Pengarah Ed Al-Kausar, sebuah badan pengurusan wasiat yang mula mendapat nama didada akhbar tiba pada jam 9.00mlm sebagai pelengkap penutup majlis kami yang penuh bermakna ini.
Terima kasih diatas kehadiran semua tetamu yang hadir dan tidak lupa pula sekalung penghargaan kepada pihak-pihak pengurusan rumah anak yatim yang menjaga dan membimbing Adik-adik anak yatim untuk meneruskan kehidupan mereka dengan sempurna. Lambaian Aidilfitri dari kami di Hafizjewel sempena berlabuhnya bulan yang mulia ini.
Kongsikan info ini kepada rakan-rakan anda di:
Leave a Reply