Kuiz bulan kemerdekaan hafizjewel di KLFM
Bulan Ogos telah pun tiba, Hafizjewel ingin mengucapkan Selamat menyambut bulan kemerdekaan kepada semua pengunjung Hafizjewel . Pada 31 Ogos ini, Malaysia akan menyambut Hari kemerdekaan ke 52. Marilah kita sama-sama memeriahkan sambutan kemerdekaan negara. Berita baik untuk anda, Hafizjewel berhasrat untuk menyumbangkan perhargaan kepada rakyat Malaysia, sekiranya anda benar-benarkan sayangkan negara dan mempunyai pengetahuan mengenai Malaysia. Anda berpeluang untuk memenangi pelbagai bentuk barang kemas yang ditaja oleh kami. Bagaimanakah caranya?
Bermula pada 3 Ogos 2009, Hafizjewel dengan kerjasama radio KL.FM telah menaja pelbagai bentuk barang kemas untuk dimenangi setiap minggu. Anda hanya perlu mendengar radio KL.FM (97.2FM) dan menjawab beberapa soalan kuiz . Sekiranya anda menjawabnya dengan betul, cincin emas, rantai emas dan pelbagai barangan kemas lagi akan menjadi milik anda.
Lawati laman blog radio KL.FM disini dan bersama kami Dj Julia yang sangat cun (blog)
Teruskan membaca untuk maklumat lanjut.
KUIZ MERDEKA 1 MALAYSIA BERSAMA KLFM DAN HAFIZJEWEL
OBJEKTIF
- Memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan menerusi soalan berbentuk kemerdekaan dan bertemakan 1 Malaysia
- Membuka minda pendengar untuk sama-sama menghayati erti 1 malaysia dan perjuangan kemerdekaan
- Memberikan peluang, kepada pendengar untuk memenangi hadiah menarik yang disediakan.
KONSEP KUIZ
- Satu soalan akan keudara dalam 5 segmen di Radio Malaysia KL.fm iaitu Suria PagiKL, Salam Interaktif, Nadi Kota KL, Kenangan lalu KL dan Neon-Neon KL.
- Pendengar dikehendaki mengumpulkan jawapan kelima-lima soalan setiap hari dan menghantarkan kesemua jawapan selepas mendengar soalan kelima setiap malam dalam Nadi Kota KL menerusi SMS
- Caranya : KLFM KUIZ (NAMA PENUH) (NO IC) hantar jawapan ke 32728
- Pemenang dikira berdasarkan sms dan jawapan terpantas dan te[at dan penilaian oleh Juri.
PENGUMUMAN PEMENANG
- Minggu 1: 11 ogos
- Minggu 2: 18 Ogos
- Minggu 3: 25 Ogos
- Minggu 4: 2 September

Leave a Reply