Promosi Ramadhan Hafiz Jewel dan Harga Emas Semasa
Alhamdulillah kami telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelanggan sempena Promosi Ramadhan Hafiz Jewel. Promosi tersebut telah diiklankan melalui akaun facebook dan flyers di kawasan sekitar Bangi, Kajang, Putrajaya dsb. Promosi tersebut menawarkan diskaun harga yang amat menakjubkan utk semua emas perhiasan plain, bertatah batu ataupun jongkong kepada pelanggan yang datang membawa flyers; tuan-puan boleh lihat sendiri salinan flyers yang kami berikan di bawah. Promosi ini akan diteruskan sehingga akhir Ramadhan, insya ALLAH.
Kebanyakan pelanggan yang memperolehi flyers telah datang dan memborong hampir kesemua stok emas perhiasan 916 plain yang telah kami tawarkan. Dukacita dimaklumkan stok tersebut kini amat terhad kerana ia dijual secara first come first serve basis, siapa cepat dia dapat Stok ini akan dijual pada harga yg telah dijanjikan di dalam promosi sehinggalah kesemuanya habis dijual!
Berikutan permintaan pelanggan yang menggalakkan, kami akan menambah stok baru emas perhiasan 916 dalam beberapa hari lagi, dijual dengan diskaun sebanyak RM14/g dari harga emas semasa. Harga Promosi Ramadhan tidak boleh diguna pakai untuk stok baru ini, maaf ya? Selain itu, diskaun tambahan RM3/g akan diberikan kepada pelanggan yang datang membawa flyers. Kami juga masih menjual emas perhiasan berbatu dan emas jongkong dengan diskaun seperti yang diiklankan di dalam flyers.
Nampaknya harga emas telah naik mendadak dalam beberapa minggu ini. Berikut disertakan sedikit kronologi peningkatan harga emas semasa:
Minggu-2 Julai 2011: Emas999 RM177/g , Emas916 RM167/g
Minggu-4 Julai 2011: Emas999 RM183/g , Emas916 RM173/g
Minggu-1 Ogos 2011: Emas999 RM190/g , Emas916 RM180/g
Minggu-2 Ogos 2011: Emas999 RM201/g , Emas916 RM190/g
Boleh kami simpulkan, dalam tempoh 30 hari ini harga emas telah naik sebanyak 12%.
Terima kasih atas sokongan semua.

Leave a Reply