Kursus Asas Simpanan dan Perniagaan Emas
Assalamu’alaikum wbt
Pihak Hafiz Jewel dengan kerjasama Hafiz Gold merancang untuk mengadakan Kursus 1 Potensi Emas, Emas sebagai Simpanan dan Perniagaan. Kursus ini diberikan percuma kepada semua ahli Hafiz Gold. Bukan itu saja, sebagai ahli anda akan turut diberikan 3 tiket percuma, bermakna anda boleh membawa bersama 3 orang rakan anda yang lain. Manakala untuk bukan ahli, yuran hanya RM100.
Pengisian kursus kali ini adalah sama seperti kursus-kursus yang telah kami anjurkan sebelum ini, namun akan kami tambah informasi terkini yang mana sampai ke pemerhatian kami. Ingin kami maklumkan bahawa pengisian kursus adalah berdasarkan analisis kami selaku kedai emas yang telah berpengalaman lebih 10 tahun, menggunakan data-data yang kami perolehi. Kami menganjurkan emas sebagai satu bentuk simpanan dan perniagaan, di mana anda akan mendapat untung untuk setiap transaksi anda, tidak kira harga tinggi atau rendah, insya ALLAH.
Kepada mereka yang berminat untuk menyertai, sila hubungi kami segera di 011-12171202. Kami terhadkan tempat kepada 20 orang sahaja, bagi memberikan lebih ruang dan peluang kepada mereka yang hadir untuk terlibat secara berkesan.
Kemaskini:
Tarikh: Sabtu, 19 May 2012
Tempat: Kedai Emas Hafiz Jewel
Masa: 2:00pm – 5:00pm
Terima kasih.

May 19th, 2012 at 5:30 pm
Alamak ada kenduri kahwin lah.. Ada x sesi yg lain.. Berminat sgt2
Reply