Berminat untuk menjual item anda di Hafizjewel?
Hafiz telah memberi idea kepada saya untuk mencipta satu laman dimana visitor hafizjewel boleh trading barangnya sendiri di laman kami. Sebelum ini, kami selalu mendapat comment seperti “emas jongkong 300gms hubungi sipolan dan sipolan” , “nak beli emas 999 dengan harga bla bla, siapa ada??” biasanya kami tidak akan approve comment-comment sedemikian, tetapi kes ini kerap berlaku, maka jalan penyelesaiannya Hafiz mencadangkan satu laman dimana visitor hafizjewel sendiri boleh memasukkan item mereka dan terserah kepada pelawat lain untuk membida atau membeli item tersebut.
Laman ini diletakkan di link http://www.hafizjewel.com/lelong
Laman ini dibina untuk memudahkan urusniaga emas online lebih-lebih lagi mereka yang ingin menjual emas pada orang perseorangan atau bagi mereka yang berminat membeli emas second pada harga yang lebih rendah dari pasaran. Tetapi bagaimana kami mahu mengelak dari lambakan item yang sama atau lambakan iklan sedangkan itemnya tiada. Maka untuk memudahkan urusan dan mewujudkan kepercayaan antara visitor laman yang dibina ini pengguna harus mendaftar, dan kami akan mengreview penjual setiap masa.
Kami tidak terlibat secara lansung didalam urusan urusniaga antara penjual dan pembeli, kami hanya mewujudkan platform dan terserah diatas budi bicara pelawat hafizjewel menggunakannya.
Untuk membaca dengan lebih lanjut platform lelong yang dibina, sila klik link dibawah
1. Terma dan Syarat : Click Here
2. Cara untuk meletakkan item emas : Click Here
3. Tentang Lelongan di Hafizjewel : Click Here

Leave a Reply