Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Ralat: Lelongan Cincin CZ1173 diganti kepada Cincin CZ1171

Dukacita Hafiz Jewel memaklumkan bahawa Lelongan siri 4: Cincin CZ1173 terpaksa dibatalkan di atas kesilapan maklumat database pada cincin tersebut. Lelongan akan digantikan dengan Lelongan siri 4: Cincin CZ1171 yang akan dimulakan pada hari ini, Isnin 18/04/2011 jam 12:00 tengah hari dan akan tamat tepat jam 11:59 tengah hari Isnin 02/05/2011. Harga mula cincin tersebut masih dikekalkan pada RM9.90.
Pihak kami memohon maaf atas kesilapan tersebut dan berharap kesilapan ini tidak merencatkan perjalanan proses bidaan.

Saya sendiri akan berhubung dengan rakan-rakan pembida melalui email yg disertakan memaklumkan perkara ini. Terima kasih.

Lelongan siri 4: Cincin CZ1173 (bidaan dibatalkan)

(Sesi bidaan ini terpaksa dibatalkan dan diganti dengan sesi bidaan baru atas kesilapan maklumat database, pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yg dialami)

Cincin berikut dilelong pada harga mula RM9.90. Lelongan akan dibuka pada Jumaat, 15 April 2011 jam 12:00 tengah hari dan akan tamat tepat jam 11:59 pagi Jumaat, 29 April 2011.

Perincian cincin:
Kod: CZ1173
Kualiti emas: 14K
Berat: 3.6g
Batu: Zirconia
RRP: RM280.00
Saiz cincin: 15

Syarat utama bidaan mudah sahaja, anda hanya perlu meletakkan bidaan anda pada ruangan ‘comment box’. Minimum harga untuk bidaan adalah RM0.10 atau 10sen. Ini bermakna dengan harga mula RM9.90, bidaan seterusnya adalah sekurang-kurangnya adalah RM10.00, lebih tinggi lebih baik . Begitulah seterusnya, dan pihak kami tidak akan menerima bidaan kurang dari jumlah tertinggi pada satu-satu masa. Bidaan tertinggi pada saat berakhirnya bidaan bagi sesuatu sesi dikira pemenang.

Kami amat mengharapkan budi bicara tuan puan sepanjang berlangsungnya sesi bidaan ini. Hafiz Jewel memberi jaminan tidak akan ada sebarang unsur penipuan dari pihak kami semasa proses bidaan. Staff kami juga dilarang dari menyertainya. Untuk mengelakkan non-genuine bidder yang membida secara tidak serius sekaligus memainkan harga dan mengganggu proses ini, saya mencadangkan rakan2 utk terus membida pd harga yg dirasakan patut walaupun ada bidaan yg lebih tinggi. Sekiranya pemenang tidak menuntut cincin ini (non-genuine bidder), kami akan memilih bidaan yg kedua tertinggi. Kami menyimpan email ID bagi semua pembida, sekiranya ada yang tidak jujur, email anda akan digantung dan tidak lagi dibenarkan utk menyertai bidaan yg akan datang. Para pemenang akan diminta ke pejabat untuk mengambil hadiah masing-masing, dan acara ini akan dimasukkan ke dalam laman web kami.

Kami juga menggalakkan semua pembida utk menjadi rakan facebook kami, dan menyertai program affiliate. Selain daripada dapat menikmati harga diskaun sehingga 15%, pendaftaran ini juga adalah sebagai sebuah mutual understanding bahawa rakan-rakan pembida semua adalah genuine bidder.

Perincin lebih lanjut boleh diperolehi dari artikel2 kami di dalam kategori ‘lelong’. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus samada melalui ruangan komen, email atau secara telekomunikasi.

Terima kasih,
Hadi 011 1217 1202

Lelongan siri 4 bermula esok!!!

Detik yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Insya ALLAH Hafiz Jewel akan memulakan lelongan siri 4 akan memulakan lelongan siri 4 pada hari esok, Jumaat 15 April 2011 tepat jam 12:00 tengahari. Berikut disertakan gambar item lelongan, sebentuk cincin yang bakal dimenangi oleh salah seorang dari anda. Menariknya seperti yang dijanjikan, cincin ini akan dibida pada harga mula yg begitu menakjubkan, RM9.90 sahaja.

Diperkenalkan…..

Maklumat lanjut akan dimaklumkan esok pagi, sebelum bidaan dimulakan. Harap bersabar :)
Lelongan akan berlangsung selama lebih kurang 2 minggu, akan tamat pada jam 11:59 tengah hari, Jumaat 29 April 2011.

Tahniah Sebastian Vettel juara F1 Sepang

Hafiz Jewel mengucapkan tahniah kepada Sebastian Vettel yang telah menjadi juara siri perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang semalam. Pemandu pasukan Redbull Racing ini mendahului di hadapan sejak di petak mula lagi. Di tempat kedua adalah Jensen Button, pemandu Mclaren manakala di tempat ketiga pula Nick Heidfield, pemandu Lotus Renault GP. Berikut disertakan sedutan klip video yang diambil dari grandstand view.

Terima kasih atas tajaan tiket dan makan oleh En Hakim dari Petronas. Juga kepada bos yg telah membenarkan saya ambil emergency leave semalam hehehe…

Lelongan Hafiz Jewel siri 4: Diskaun 15%

Insya ALLAH lelongan siri 4 akan dimulakan pada Jumaat, 15/04/2011 jam 12:00 tengahari dan berlangsung selama 2 minggu. Kami akan maklumkan sebarang maklumat terkini secepat mungkin.

Berdaftarlah dgn Hafiz Jewel di facebook and program affiliate untuk mendapat diskaun sehingga 15% sekiranya anda menang dalam mana-mana bidaan. Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman affiliate kami. Perlu diingatkan perdaftaran mestilah tidak kurang dari 7 hari sebelum bermulanya sesuatu siri bidaan untuk melayakkan anda mendapat diskaun tersebut. Ini bermakna, untuk bidaan siri 4 ini, anda perlu mendaftar selewat-lewatnya pada 08/04/2011. Jangan bimbang, sekiranya terlepas anda masih berpeluang utk mendapat diskaun pada siri-siri berikutnya.

Inilah peluang anda utk menangi barang kemas dengan kualiti yg baik pada harga yang menakjubkan. Jangan lupa, simpan tarikh-tarikh penting ini di dalam diari anda!!!

**Kami mengalami masalah server dgn program affiliate terdahulu, amatlah diharapkan kepada rakan-rakan affiliate yg telah berdaftar sebelum ini untuk mendaftar semula. Mohon maaf atas sebarang kesulitan yg dialami.

Maklumat terperinci berkenaan bidaan Hafiz Jewel boleh diperolehi dari artikel berkategori ‘lelong’.

Related Posts with Thumbnails






  • Kategori carian

  • Networked blogs

  • Meta

Cara Pembayaran

  • (A) Bayaran melalui Maybank
  • No Akaun: 562263020423
  • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera