Kemaskini Lelongan siri 9 Kerongsang Emas KZ1017
Terima kasih atas sokongan dan maklum balas rakan-rakan sekalian sepanjang proses bidaan siri 9 ini. Bidaan akan tamat tepat jam 11:59 a.m hari ini, Selasa 2 Ogos 2011. Kami akan mengemaskini maklumat berkaitan proses tersebut secara langsung untuk beberapa jam sebelum berakhirnya bidaan.
09:27am: Pembida tertinggi sehingga ketika ini adalah Cik Marshila dengan bidaan setinggi RM128.00.
10:44am: Cik Zarina merupakan pembida tertinggi pada ketika ini dengan bidaan sebanyak RM130.00.
11:25am: Tinggal lebih kurang setengah jam saja lagi sebelum tamatnya bidaan. Bidaan tertinggi hingga saat ini masih Cik Zarina dgn bidaan sebanyak RM144.00.
11:55am: Tinggal lebih kurang 3 minit saja lagi, kami tak dapat update buat ketika ini kerana agak sibuk, nampaknya banyak bidaan saat-saat akhir dilakukan. Kite berjumpa lagi apabila sesi bidaan tamat.
12:07pm: Bidaan siri 9 telah tamat tepat jam 12:00pm tadi, tahniah kepada pemenang iaitu Cik Zana, juga merupakan pelanggan kami dengan bidaan sebanyak RM170.50. Harap Cik Zana dapat berhubung dengan kami untuk urusan pengambilan hadiah dan pembayaran. Tahniah sekali lagi!
Walaupun ada lagi bidaan yang lebih tinggi dibuat, namun pihak kami tidak dapat menerimanya kerana masa bidaan telah tamat. Jangan bimbang, kami akan terus mengadakan siri bidaan ini setiap minggu sepanjang Ramadhan, insya ALLAH. Esok akan kami mulakan bidaan siri 10 pula, perhiasan emas apa ya kali ini? Cincin…. loket… subang… rantai…. atau barangkali kerongsang lagi????
Terima kasih.

August 2nd, 2011 at 10:51 am
RM 135.00
Reply
@Marshila, sila letakkan nilai bidaan anda di ruangan yang disediakan. Terima kasih.
Reply
August 2nd, 2011 at 11:30 am
rm 150.10
Reply
@zana, sila letakkan nilai bidaan anda di ruangan yang disediakan. Terima kasih.
Reply
@Hafizjewel,
tk faham saya dah letakkan diruangnya.
Reply
@zana,ok dh faham. silap ruang
@zana,
Reply
August 2nd, 2011 at 11:53 am
rm150.10
Reply