About
Selamat datang ke website Hafizjewel, kami di hafizjewel menawarkan khidmat untuk membeli sebarang bentuk emas seperti emas 916, gold bar, gold coin. Selain emas kami turut membeli suasa, emas putih, platinum dan khidmat untuk menebus surat pajak.
Di website hafizjewel ada beberapa cara untuk menghubungi kami samada;-
1. Call atau SMS kepada nombor kami yang tertera diatas 012 3349940
2. Isi borang “sell gold” disini, kami akan cuba mengreply secepat mungkin
3. atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut anda juga boleh menghubungi kami melalui sistem online (no download needed) sila klik pada button chat diatas. Customer servis kami sedia untuk membantu anda.
Jika anda berminat untuk melabur didalam emas, kami turut menjual gold bar yang boleh ditrade in menggunakan “jeweleries” anda.
Bagi mereka yang berminat untuk membeli emas, anda boleh melihat koleksi emas yang didesignkan oleh kami pada harga teruja, tanpa harga upah tambahan dan kami memberi jaminan harga yang lebih rendah dari harga emas di kedai. Design kami akan diupdate dari semasa ke semasa melalui blog ini atau katalog/flyers yang diedarkan oleh agen kami.
Bagi mereka yang berada diluar dari Lembah Klang, agen kami berada di seluruh negara (kecuali borneo) untuk membantu, kami boleh mengatur pertemuan untuk membantu anda berurusan dengan lebih mudah dan segera.
Sebarang transaksi kami adalah didalam bentuk tunai, segera dan bersama akad jual beli emas.
Jika anda ingin melawat Ofis kami, sila klik pada button “location“, kami menyediakan map dan alamat untuk memudahkan anda mencari kami.
Salam hormat dari kami dan semoga sebarang urusan kita diberkati dan berjalan lancar olehnya.
July 30th, 2009 at 9:47 am
pertanyaan mengenai gold bar.Di mana boleh beli and ada cert?
Bila lelongan yang seterusnya.?
Lelonglah barang lain seperti rantai or gelang.
Thanks
Reply
thank you, insyallah akan diusahakan
Reply
August 1st, 2009 at 10:19 am
Kalau ada harga baik untuk gold bar boleh le kasi tau?
Reply
salam cik myus, maksud u harga berapa?
Reply
August 3rd, 2009 at 12:31 pm
Tq Admin. Hope to hear from u soon.
Reply
August 28th, 2009 at 11:38 am
nak join gak la..hehe…
Reply
September 3rd, 2009 at 8:15 am
org jauh beli macamana hantar?
Reply
kami boleh post, tapi caj insurans sebanyak RM15.00 akan dikenakan.. bagaimanapun harga item kami masih dibawah value pasaran, plus u akan dapat diskaun antara 10-40% mengikut barang tertentu
Reply
September 4th, 2009 at 11:46 am
jika mahu beli,siapa patut di hubungi?prosedur byrn?tempoh penghantaran?tk
Reply
sila isi borang buy gold, click pada main menu diatas, kami akan hubungi tuan
Reply
October 5th, 2009 at 10:46 am
Salam Admin,
Sy ada soalan
1. Apa beza emas 18K/21k dengan 716/916
2. Tak ada ke katalog yg baru memandangkan katalog yg sedia ada adalah pd bulan Mac 2009
Reply
716? itu saya kurang pasti, tp emas 916 adalah dlm lingkungn 23k-22k,
2. Actually ada katalog, kami x letak, beberapa katalog bulan tertentu slps mac sbnrnta diletakkan tetapi banyak hilang sbb masalah server dgn baithost.com.my, sekarang ini kami dah tukar ke serverfreak, alhamdulilah sejak 3 bulan website running so smooth, insyallah xkan ada katalog lagi hilang selepas ini.
Reply
October 11th, 2009 at 12:15 am
wah……….cantik la blog nih
mcm maybank 2u
nanti lepas nih
boleh datang web saya
(admin: no address please, people can click on ur name)
Reply
TQ pokli, sama2 la kita berbisnes yee
Reply
October 14th, 2009 at 1:32 pm
Salam. Saya berminat nak membeli emas rantai yang tiada batu. Sekiranya ada sila bagi tau saya. Satu lagi pembelian dalam cash sahaja ker atau boleh dalam credit card juga.
Reply
December 5th, 2009 at 6:16 pm
saya pembeli emas terpakai secara kecilan, dlm sebulan lebih kurang 30gm (916) dpt sy beli.. klu sy tolak kt awk brapa segm..
Reply
sila hubungi hafizjewel dan lokasi anda..
Reply
December 6th, 2009 at 12:27 am
salam sy baru nak joint group mas ni nampak cam banyak iformasi tentang mas ada disini…
saya ada kemusykilan sikitlah nak tanya tuan admin aritu sy ada membeli emas 916 melalui online…
setelah urusan jual beli selesai sy terus ke Bank rakyat untuk timbang semulalah berat brg berkenaan …berat betul seperti yang ditawarkan tapi cuma jenis emas yg sy beli ditulis 18k ( 750) adakah sy dah tertipu dengan jenis 21k(875) yang selalu saya beli?
harap dapat membantu perbezaan jenis-jenis emas yang terdapat dipasaan …
Reply
ok cik indai, biasanya di pasaran terdapat beberapa jenis emas seperti emas 999 (24 karat), emas sepuluh, 916, emas 90, emas 835, 750, 585 emas campur, suasa, emas putih, platinum.. bagaimana untuk uji, cik indai boleh bawa item tersebut ke kedai emas yang dirasakan selesa, untuk mereka uji
berkenaan dengan bank rakyat, biasanya bank rakyat menggunakan penimbang air yang lebih tepat untuk menguji kualiti emas berbanding kaedah konvensional (menggunakan asid) so perbezaan kualiti emas biasa berlaku diantara kedai emas retail dengan bank rakyat. harap maklum.
Reply
July 6th, 2010 at 3:52 am
salam. saya ada lebih kurang dalam 300g lebih emas jenis . sapa yang berminat bleh call saya. harga yang saya nak rm 120/g. tk kurang dah. no 012 4456144. saya kat alor star
Reply
jenis 916 lebih 300g
Reply