Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung hafizjewel, saya mengambil sedikit masa untuk memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi atas kurnianya dan “Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”. Saya minta perkenan untuk memulakan coretan ” koleksi Hafizjewel bagi bulan March 2009″.

Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara hafiz, pemilik blog ini, diatas kehadiran cahaya mata kedua, seorang puteri pada 10.13 am 26/02/2009. Semoga anda sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberkati selalu. kata orang tua, bila anak2 lahir ni rezeki makin murah. insyallah murah rezeki ko ye fiz. -amin-

Setelah mengambil sedikit masa untuk menyediakan posting-posting berkenaan dengan promosi lelong kami pada bulan yang lepas, saya telah diminta oleh Hafiz untuk meletakkan beberapa koleksi hafizjewel didalam blog ini, saya terfikir untuk menyediakan platform seperti ecommerce, tetapi saya rasanya di Malaysia ni, kita mungkin jarang atau mudah dikata belum lagi bersedia sepenuhnya untuk membeli item2 secara online lebih-lebih lagi item berbentuk emas, intan dan permata. Yela harga pun mahal, at least nak tengok, sentuh dulu, tilik2 guna mata (bagi perempuan), kalau lelaki mungkin tilik2 harga “saja”.

Oleh itu, saya berpendapat lebih baik saya mengekalkan penggunaan posting blog, yang mungkin lebih friendly kepada pelawat hafizjewel, berbanding platform kedai online. Kali ini untuk memaparkan koleksi hafizjewel bulan march , saya telah publishkan melalui system blogging yang biasa bersama dengan beberapa tweak yang mungkin berguna. Sila rujuk pada page “FAQ“, untuk lebih memahami caranya.

bagi koleksi hafizjewel, Ia tidak sama dengan lelong, tiada sebarang bidaan diterima (saya tujukan khas untuk saudara fazrul, tiada final bid disini okay) dan promosi 50% atau 25% pun tidak digunapakai disini. Anda masih boleh menawar melalui ruangan komen, tetapi hafiz tidak semestinya menerima tawaran anda. Jika anda bersetuju dengan harga kami, automatik anda boleh contact kami samada melalui form “Buy This” ataupun telefon sahaja no. tertera diatas.

Didalam koleksi Hafizjewel March, saya telah meletakkan hampir 40 items, dan mungkin akan bertambah lagi. Kebanyakan barangan adalah cincin emas, cincin berlian dan beberapa item emas putih.

Item special untuk bulan ini adalah set barang kemas EP49, iaitu set emas putih yang terdiri dari Rantai, cincin dan subang. Very colourful dan menggunakan beberapa jenis batu seperti Diamond + Topaz + Amethyst dan Ruby. Harga satu set ini adalah RM3499.00. Details: Click Here

Sebarang persoalan mengenai Koleksi hafizjewel March 2009 sila tinggalkan disini, saya akan berusaha menjawab secepat mungkin.

Kongsikan info ini kepada rakan-rakan anda di:

Related posts:

  1. Katalog untuk koleksi hafiz bulan march
  2. Katalog koleksi cincin emas & berlian Sept 09
  3. Kuiz bulan kemerdekaan hafizjewel di KLFM
  4. Sesi lelongan emas kedua akan bermula
  5. Sesi lelongan ketiga bakal bermula!