Bagaimanakah bentuk urusniaga di hafizjewel.com?

Urusniga kami adalah didalam bentuk tunai dan kredit card (caj bulanan atau one time charge)

Apakah maksud info2 pada setiap item?

Seperti biasa kami menulis keterangan item seperti “stone”, “weight” atau “Carat” untuk membantu anda menilai nilai koleksi emas ini.

Apakah itu RRP?

“RRP” adalah nilai biasa barangan kemas tersebut dikedai-kedai emas dipasaran, Hafiz menilai RRP melalui pengalamannya dan tinjauannya ke kedai-kedai emas di Selangor dan Kuala Lumpur kursusnya. Walaupun begitu, kami juga kerap keluar dari lembah klang dan melawat kedai-kedai emas di negeri yang lain.


Bagaimana untuk melihat sendiri Koleksi Hafizjewel?

Jika anda berada di Lembah Klang, anda boleh melihat sendiri koleksi kami di Kedai kami di Bangi, Sila telefon no. diatas untuk sebarang pertanyaan.

Jika anda berada di luar Lembah Klang, transaksi boleh dilakukan melalui akaun Maybank2U, caj penghantaran dan insurans (RM15.00) akan dikenakan.

Bagaimana jika saya perlu ubah saiz cincin?

Untuk mengubah saiz cincin, pembeli perlu membayar extra- RM30 untuk kami mengubah saiz cincin supaya bersesuaian dengan jari anda.

Apakah kegunaan kategori “Lelong” dan kategori “Koleksi”
kami membahagikan barangan kami kepada beberapa kategori, untuk dijual atau dilelong. Barangan dikategori “koleksi” adalah untuk dijual manakala kategori “lelong” untuk dilelong. Jika barang tersebut dilistkan didalam kategori “koleksi”, ia tidak terbuka untuk sebarang bidaan.

Bagaimana cara paling mudah untuk melihat item?
Untuk koleksi, saya listkan child2 kategori kepada cincin emas, cincin berlian etc. Anda boleh klik pada mana2 kategori yang anda ingin lihat.

Bolehkah saya melihat item berdasarkan budget?

Jika anda mencari item berdasarkan budget anda, sila rujuk pada “tag” , bagi setiap item kami menulis nilai “tag” berdasarkan harga barangan dijual.

eg : apabila anda klik pada tag “400″ , item2 yang berharga didalam linkungan RM301 - RM 399 akan muncul. begitu seterusnya.

Bolehkah saya tawar - menawar di hafijewel?

Jika anda ingin tawar-menawar, sila tuliskan komen di bahagian item tersebut, tawaran anda tidak semestinya kami terima. Tetapi kami mungkin akan menjualnya kepada anda jika item tersebut berada terlalu lama ditangan kami (mungkin 1 minggu atau lebih)

Bagaimanakah saya hendak tahu barang itu sudah dijual atau belum?

Setiap item yang telah dijual akan ditulis (sold) pada title nya

eg: cincin emas B356 (sold) . Apabila telah dijual, kami tidak lagi mempunyai item tersebut kerana koleksi kami hanya mempunyai 1 unit setiap masa.

Kenapa saya tidak mendapat reply dari staff hafizjewel?

Mungkin kami terlepas pandang comment atau respond dari pihak anda, sila sms shahrul 012-2301015 atau chat (click here), jika anda perlukan maklumat dengan segera. Kami akan berusaha untuk memantapkan servis kami dari semasa ke semasa

Sebarang soalan??

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila hulurkan pertanyaan anda di ruangan FAQ ini.