Zakat Emas
Assalamualaikum w.b.t
Dalil Wajib Zakat:
“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
Surah At-Taubah: (34-35)
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis riwayat Abu Hurairah)
Dari Hafiz Jewel :-
- Bagi umat Islam sudah termaktub dalam Al-Quran dan hadith bahawa setiap emas yang dipakai atau disimpan wajib dikenakan zakat jika telah cukup haul dan mengikut nisab yang telah ditetapkan oleh setiap negeri.
(*haul - tempoh masa iaitu setahun. nisab - nilai berat.)
- Walaubagaimanapun emas perhiasan yang dipakai tidak wajib dikenakan zakat kecuali jika telah melebihi uruf yang telah ditetapkan oleh setiap negeri. Tiap-tiap negeri berbeza kiraan uruf.
(*uruf - nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat)
- Nilai zakat yang telah dikenakan adalah sebanyak 2.5% dari nilai harga emas.
Contoh Emas Simpanan: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400
Contoh Emas Perhiasan: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00
- Kadar uruf dari setiap negeri:
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
(*sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)(Panduan)