Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Entries for January, 2013

‘Saya hampir tertipu’

IPOH: “Saya nyaris tertipu ribuan ringgit selepas dipujuk membeli barang kemas yang sebenarnya besi bersadur emas,” kata seorang pemilik kedai emas, Noraziah Dan, 33, yang berniaga di Pasar Besar Ipoh, di sini.

Dia yang berniaga emas sejak lebih 10 tahun lalu berkata, emas palsu yang cuba dijual itu kelihatan seperti emas tulen, sama ada warna atau berat.

“Malah emas tiruan yang ditawarkan itu turut tercetak nombor 916 bagi menunjukkan kualiti tinggi emas berkenaan. Bagi peniaga emas yang kurang berhati-hati, mereka akan mudah tertipu jika tidak melakukan pemeriksaan teliti,” katanya.

Dari Hafiz Jewel

- Dalam jual beli emas terdapat banyak risiko kerana sekarang sudah ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan emas.
- Kami nasihatkan supaya mendapatkan nasihat dari pakar-pakar yang lebih tahu mengenai emas.
- Kami di Hafiz Jewel memastikan kesemua barangan kami adalah emas tulen dan membeli semua jenis emas tulen.
- Sekiranya ingin mendapatkan emas tulen/pure sila kunjungi kami di kedai kami atau boleh terus menghubungi kami. Segala pertanyaan tidak di’charge’

credit to : myMetro

Hukum Lelaki Memakai Emas.

Assalamualaikum w.b.t

- Seperti yang kita sudah tahu, perhiasan emas sememang nya haram dipakai oleh lelaki dalam Islam.
- Disini saya sertakan dalil-dalil yang soheh.

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

“Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang lelaki dari umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah: ” Emas itu HALAL buat orang-orang perempuan.”

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang lelaki memakai cincin emas di tangannya, kemudian Nabi SAW mencabut cincin itu, lantas membuangnya ke tanah !!!

Kemudian beliau bersabda:

“Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada lelaki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.’” (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, Iaitu mereka memakai pena emas, jam tangan emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, dan seterusnya adalah haram hukumnya.

- Terdapat juga yang mengatakan SUASA (70% tembaga + 20% emas + 10% perak) boleh dipakai. Tetapi ada juga yang mengatakan haram juga kerana terdapat juga unsur emas di dalam suasa.

#SILA LIHAT MINIT KE 6.10

- Pendapat mengatakan suasa haram dipakai

- Pendapat mengatakan suasa boleh dipakai

Dari Hafiz Jewel

- Bagi kaum hawa adalah diharuskan memakai perhiasan emas dan haram bagi kaum adam
- Di sini penggunaan suasa ada pendapat mengatakan boleh dipakai, ada juga mengatakan haram dipakai bagi lelaki.
- Terdapat 2 pendapat disini yang mengatakan lelaki harus memakai suasa dan haram memakai suasa. Namun disini saya ingin mengatakan bagi mereka yang ingin menjaga agama adalah lebih baik jika tidak memakai suasa. Wallahualam

Credit to : myberita

Hanya Tembaga

Oleh Nazdy Harun

Kuala Berang: Seorang wanita bingung memikirkan selonggok emas bermutu rendah yang dibelinya ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya tembaga bukan emas bernilai ribuan ringgit seperti didakwa.

Zuraini Yaacob, 44, berkata, dia ke sebuah bank di daerah itu untuk membeli emas yang kononnya bermutu rendah yang dilelong dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011.

Menurutnya, selepas selesai urusan pembelian, dia ke sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan, pada jam 10 malam hari sama, untuk melakukan ujian bagi mengetahui jumlah kandungan emas dalam barang kemas itu.

“Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual.

Emas bermutu rendah’ dilelong langsung tiada nilai.

“Saya hairan bagaimana bank berkenaan boleh melelong barang kemas itu sebagai emas bermutu rendah (kerana dicampur dengan tembaga) sedangkan ia langsung tidak mengandungi emas.

Dari Hafiz Jewel :-

- Dalam kes ini, kami tidak menyalahkan mana-mana pihak sama ada pihak bank ataupun pihak pembeli. Wallahualam
- Dalam urusan jual-beli emas ini, kita perlu lebih berhati-hati dan bersedia dengan segala kemungkinan.
- Alhamdulillah setakat ini kami Hafiz Jewel membeli dan menjual emas-emas tulen. Sekiranya ingin mendapatkan emas tulen/pure sila kunjungi kami di kedai kami atau boleh terus menghubungi kami. Segala pertanyaan tidak di’charge’

Sheikh Imran Nazar Hosein

Kata-kata Ulama’ Sheikh Imran Nazar Hosein.

Dari Kami HafizJewel

- Penggunaan dinar emas dan dirham perak telah digunapakai berkurun lalu.
- Emas dan Perak telah menunjuk kukuh nye nilai nye bahkan menunjukkan peningkatan yang menakjubkan.
- Bagi umat Islam, Emas dan Perak di naikkan darjat kerana ada disebut dalam Al-Quran dan Hadith.
- “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ Slogan yang telah digunakan oleh ahli-ahli pakar ekonomi dunia.
- Dalam agama Islam, telah diharamkan urusan yang ada berkaitan dengan riba’ yang meluas di Malaysia sekarang. Namun jika kita menyimpan harta kita dalam bentuk Emas atau Dinar Emas dapat mengelakkan inflasi dan unsur-unsur riba’ yang ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu.

* Ingin mendapatkan Emas dengan harga yang murah atau menjual Emas dengan harga yang menarik boleh hubungi kami melalui email di hafiz.jewel@gmail.com atau massage/whatsapp/panggilan di 014-2256019/012-3358944/012-3349940. *

Dinar emas mampu atasi krisis ekonomi

KUALA LUMPUR 2 April - Penggunaan dinar emas dan dirham perak diyakini mampu menjadi penyelesaian kepada krisis ekonomi yang melanda dunia sekarang.

Ketua Jabatan Kewangan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, penggunaan wang kertas sebenarnya memudahkan serta menggalakkan spekulasi dan manipulasi mata wang kerana ia tidak memiliki nilai seperti dinar emas.

“Sebenarnya penggunaan dinar emas dan dirham perak dalam perniagaan bukan sesuatu yang baru kepada dunia kerana ia digunakan sejak zaman dahulu lagi.

“Ini kerana dinar emas dan dirham perak merupakan wang sebenar yang merangkumi prinsip keadilan, ekonomi dan kestabilan serta mapan. Ia bukan sahaja baik untuk negara Islam tetapi juga kepada semua negara lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel dalam sesi forum bertajuk ‘Emas dan Perak-Mata Wang Baru Dalam Perdagangan dan Pelaburan’ pada Forum Halal Sedunia (WHF) 2012 di sini hari ini.

Ahamed Kameel berkata, masalah sistem kewangan sekarang adalah jumlah wang kertas yang dicetak sebenarnya lebih banyak berbanding pertumbuhan ekonomi sebenar dunia.

“Keadaan ini menyebabkan berlaku inflasi dan krisis ekonomi yang bukan sahaja memberi kesan kepada negara, tetapi juga kepada kehidupan rakyat,” ujarnya.

Sementara itu Pengasas World Islamic Mint, Prof. Dr. Umar Ibrahim Vadillo pula menegaskan, sudah sampai masanya umat Islam kembali kepada penggunaan sistem kewangan sebenar dengan menggunakan dinar emas dan dirham perak seperti yang dituntut dalam Islam.

“Saya yakin jika diberi pilihan, 99 peratus penduduk dunia akan memilih untuk menggunakan mata wang emas dan perak kerana ia lebih bernilai berbanding kertas.

“Sekiranya semua negara Islam bersatu dengan menggunakan dinar emas dan dirham perak dalam setiap urus niaga, ekonomi umat Islam akan menjadi lebih kukuh serta tidak lagi mudah dimanipulasi,” katanya.

Umar turut mempersoalkan sesetengah negara Islam yang terlalu takut dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dalam melaksanakan sistem kewangan berasaskan dinar emas dan dirham perak dalam urus niaga negara masing-masing.

“Sampai bila kita mahu terus ditipu oleh mereka yang sekarang membeli emas, minyak dan gas daripada negara Islam dengan hanya menggunakan kertas-kertas tidak bernilai,” tegasnya.

Pandangan Kami

- Emas sendiri mempunyai nilai tersendiri yang berubah setiap hari mengikut pasaran dunia.
- Emas juga bebas inflasi, amat sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan tunai.
- Emas juga telah menunjukkan kenaikan yang tinggi semenjak 10 tahun yang lalu walaupun ade juga menunjukkan penurunan harga tapi tidak mendadak.
- Bagi umat Islam, dinar contohnya telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. dan telah menjadi mata wang rasmi bagi kerajaan Islam pada zaman dahulu.
- Jadi, suka kami katakan di sini, kami amat menggalakkan semua supaya menjadikan emas sebagai salah satu aset yang amat penting selain dari tanah dan minyak buat masa ini.
- Dapatkan Emas Dinar, Gold Bar, atau perhiasan di kedai kami dengan harga yang menarik.
-

Related Posts with Thumbnails
  • Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >






New Lelong Item..

  • Salam Takziah Dari Hafiz Jewel
    Assalamualaikum w.b.t. BESUT... 
  • Zakat Emas
    Assalamualaikum w.b.t Dalil... 
    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera