Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Entries for December, 2012

Perbezaan Simpanan Tunai, Simpanan ASB, Simpanan emas.

Assalamualaikum wbt.

Kini kita setapak lagi menuju tahun 2013. Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar pendapat orang mengenai perbezaan simpanan tunai, simpanan ASB, dan simpanan emas. Di sini saye sertakan beberapa pendapat mengenai isu ini.

Hariza Collection
Senduk Emas
Pokwe

Pada pendapat kami pula, kami lebih menggalakkan simpanan emas ditangan. Bukan di arRahnu atau bank atau di dalam institusi-institusi lain. Ianya lebih menguntungkan dan tiada cas-cas lain seperti bayaran upah simpan pada institusi tersebut.

Keputusan terletak pada anda semua. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau persoalanan boleh hubungi kami di 0123358944 / 0123349940.

Sekian,

Credit to Hariza Collection , Senduk Emas , Pokwe

Panduan Asas Simpanan Emas / Tips Pelaburan Emas

Persolan pasti muncul bagi mereka yang baru atau ingin menjadikan emas sebagai satu alat simpanan dan pelaburan. Bagaimana emas boleh mendatangkan keuntungan? Bila ia boleh mendatangkan keuntungan dan pelbagai lagi.

Disini saya cuba menyenaraikan apa yang perlu tahu dari sudut pandangan saya telah terlibat dengan simpanan emas sejak penghujung tahun 2008.

1.Sebaik sahaja anda sedar tentang kepentingan emas,anda buat sedikit kajian.Mudah sahaja,maklumat kini hanya di hujung jari,pakcik google sedia membantu.

-kini terdapat banyak blog tentang emas,kebanyakkannya adalah kepunyaan dealer PG,GCP dan beberapa syarikat lain.Forum yang membincangkan tentang emas juga membantu kerana anda boleh membaca komen/pendapat dari ramai orang.

-namun awas!membaca di internet sahaja tidak mencukupi.Anda boleh menghubungi mana-mana dealer/individu yang diyakini boleh membantu anda menjadi lebih faham tentang emas.

2.Boleh melihat web syarikat yang menjual emas ini untuk mengetahui serba sedikit tentang syarikat,produk,harga dan pelbagai maklumat lagi yang mungkin membantu anda membuat pilihan nanti.Antara web yang anda boleh lihat ialah produk Public Gold dan GCP.Klik sahaja di ‘banner’ yang terdapat di bahagian atas sebelah kanan di web ini.Selain itu,anda boleh melihat beberapa produk lain di menu bahagian bawah sebelah kanan web ini untuk membuat perbandingan.

3.Faktor yang anda perlu ambil kira:

jenama- pentingkah jenama?ada pro dan kontra nya.Emas tetap emas tak kira jenama apa.Apa yang penting ialah ketulenan dan beratnya betul.Jenama penting juga apabila anda berkira-kira untuk menjadikan emas sebagai simpanan+pelaburan.Dari segi ini saya boleh katakan,emas yang dikenali ramai lebih mudah dijual semula.Contohnya emas pilihan masa kini,Public Gold dan GCP.Jenama tidak penting jika anda pasti ia memang untuk simpanan semata-mata,tujuan memajak atau untuk peleburan bagi proses menjadikan ia barang kemas.

harga/spread -kedua faktor ini memainkan peranan kerana saling bersangkut paut antara satu sama lain.

Apakah spread?

1. SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) dengan harga jualan (WE BUY). SPREAD yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut. Formula mengira SPREAD adalah sebagaimana berikut:

2. SPREAD = Harga WE SELL – Harga WE BUY

3. Peratusan SPREAD = (Jumlah SPREAD / Harga WE BUY) x 100

Spread adalah perbezaan harga jual dan harga beli.Di website syarikat emas akan tertera harga ‘we buy’ (kami jual)-ini maksudnya harga jualan syarikat/dealer manakala ‘we buy’(kami beli) adalah harga belian balik syarikat/dealer jika anda ingin menjual kembali.

Bagi yang menjadikan emas sebagai pelaburan-buy low sell high (beli rendah jual tinggi)-spread dan harga ini penting diketahui.

Emas Murah spread tinggi atau Emas Mahal spread rendah menjadi pilihan anda?Tepuklah dada tanya selera.

Masing-masing mempunyai kelebihan dan emas dengan harga murah spread tinggi kini boleh diatasi masalah spread tersebut dengan cara pemberian diskaun oleh dealer.

ketulenan -emas mempunyai banyak gred.Paling digemari emas dengan ketulenan 916 (22k) dan 999.9 (24k).Emas 916 biasanya dinar dan barang kemas.Manakala emas 999 pula dalam bentuk gold bar.Namun kini ada pilihan dinar 999 (GCP) dan barang kemas 999 (Rantai tangan/rantai leher GCP).

Kos pergram bagi emas 999 beza antara rm8-rm9 dengan emas 916.Maka kenaikan ketara pada harga ialah emas 999.Jika ingin untung yang lebih,maka emas 999 dicadangkan.

4. Jenis-jenis simpanan/pelaburan emas :

-Pelaburan melalui buku aka emas maya seperti GSPA (Public Bank) GIA (Maybank) dan KFH.Setakat ini yang patuh syariah adalah KFH,yang lain tidak digalakkan kerana haram.Ini kerana beli emas tidak dapat emas,maka ia tidak memenuhi hukum sah jual beli dalam Islam

-Pelaburan emas fizikal-dalam bentuk dinar,syiling dan jongkong (gold bar)

5.Bagaimana bermula?Berapa harus saya simpan/laburkan dalam emas ?

Sebaiknya anda memahami dahulu dan kutip seberapa banyak ilmu tentang emas ini.Ini akan membantu anda membuat keputusan kelak termasuk tentang berapakah yang harus dilaburkan dalam simpanan emas ini.Anda juga boleh memohon pendapat/pandangan dari individu yang sudah berpengalaman dalam simpanan/pelaburan emas.

6.Perkaitan emas dan wang kertas

Ini antara bahagian penting dalam memahami tentang emas.Tahukah anda emas adalah wang yang sebenar?Pada zaman dahulu emas dan perak dijadikan wang.Wang kertas pernah bersandarkan emas,namun sejak 1971 ia tidak lagi bersandarkan apa-apa.Ini menyebabkan wang kertas sebenarnya hanyalah nilai yang diperakukan oleh sesebuah negara.Negara yang menguasai matawang semua negara adalah USD.Mereka boleh mencetak wang sesuka hati mereka dan ‘merompak’ hak negara lain dengan wang kertas ciptaan mereka.

Lihat sahaja di sekeliling kita,harga barang semakin naik.Inflasi menyebabkan kuasa membeli kita semakin berkurangan dan wang kertas semakin susut nilai.Contoh inflasi yang jelas,dulu dengan rm10 pergi ke pasar kita dapat beli macam-macam.Tapi sekarang dengan nilai wang yang sama iaitu rm10 kita hanya dapat membeli sedikit sahaja barang.

Wang kertas susut nilai,emas ?Emas semakin bernilai.Selagi matawang tidak bersandarkan emas,selagi itu harga emas akan naik untuk jangka masa panjang.Penurunan jangka masa pendek adalah sesuatu yang normal kerana harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor lain juga yang akan dibincangkan di artikel lain nanti.

Semoga artikel kali ini boleh memberi penerangan serba sedikit tentang asas dalam simpanan emas.

Credit to emaster.com

Musim Muram Emas Sepanjang 2012

2012 ini adalah tahun yang cukup suram untuk pelaburan dan perniagaan emas, bukan sahaja kerana kejatuhan pasaran emas tetapi juga krisis-krisis skim pelaburan yang merugikan ramai pihak dan syarikat emas sendiri. Laporan akhbar menyiarkan lebih dari 20 syarikat emas diserbu pihak berkuasa dan beratus lagi disenarai hitam Security Commision (SC), anggaran kasar kerugian yang dialami warga Malaysia berkemungkinan melebihi RM15 bilion sepanjang tahun ini.

1. Penipuan emas (tungsten) di dalam Ar-Rahnu. (Kerugian RM80 juta, ratusan terlibat)

Pada April 2012, seorang pemilik kedai emas membuat laporan polis mendakwa diperdayakan pihak Pajak Gadai Ar-Rahnu di sebuah bank di Bandar Ipoh, mangsa yang membeli kira-kira 2kilogram emas dari pelanggan mendakwa emas yang dibeli sebenarnya campuran tungsten-emas dan disahkan pusat peleburan emas. Ekoran laporan yang dibuat, pihak bank terbabit memeriksa seluruh cawangannya di Malaysia dan menemui kira-kira ratusan emas palsu yang bernilai hampir RM80 juta didalam akaun emas Ar-Rahnu. Sindiket yang melakukan penipuan ini masih dibawah siasaran serta turut melibatkan pihak dalaman bank itu sendiri.

2. Pelaburan Emas Genneva (Kerugian lebih RM10bilion, >50,000 terlibat)

Pelaburan emas ini diuruskan oleh Genneva Malaysia Sdn Bhd , sebuah syarikat berpangkalan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur melibatkan ramai pelabur VVIP dan pelabur berbangsa cina. Didalam bentuk pelaburan ini , Genneva menjanjikan pelabur pulangan dividen (2%) setiap bulan dalam bentuk hibah selagi emas disimpan pelanggan dalam tempoh 6 bulan, selepas tamat 6 bulan pelabur boleh menjual emas semula kepada Genneva dengan harga belian dahulu, ataupun membeli semula dan terus menikmati pulangan hibah 2% setiap bulan.
Pada bulan Oktober 2012, pihak berkuasa Malaysia dan Singapura menyerbu pusat operasi Geneva Malaysia Sdn Bhd dan Geneva Pte Ltd dan merampas kira-kira 200kg emas dan wang tunai yang belum diserahkan kepada pelabur.
Oleh kerana pelaburan emas Genneva melibatkan amaun yang besar, kes emas Genneva beberapa kali kedengaran di sidang parlimen dan tekanan berterusan kepada Kementerian Kewangan serta Bank Negara Malaysia yang terlibat dalam operasi keatas syarikat.. Kes emas Genneva masih didalam siasatan dan kerugian yang dicatatkan merupakan terbesar dalam pelaburan emas Malaysia tahun ini.

3. Pelaburan emas 999 padu dan Jongkong Emas 999.9 (Kerugian lebih RM2billion, >20,000 terlibat)

Pelaburan emas 999 melibatkan lebih ramai pelabur berbangsa melayu bermula sekitar awal 2010 menggunakan Jongkong Emas Pamp Suisse 999.9 dan juga emas padu 999, skim pelaburan ini tidak diuruskan mana-mana syarikat dan lebih berbentuk perniagaan jual beli emas, Pada tahun 2011 harga emas naik ke kemuncaknya pada bulan September, kenaikan harga emas yang tinggi ini menarik minat beribu pelabur baru untuk membeli emas. Dari spekulasi Bank-bank utama di Malaysia berkenaan kenaikan harga hingga mencecah RM400/gram dalam tempoh masa singkat, mendorong ramai pelabur menukar portfolio mereka kepada emas.
Tetapi sayangnya, walaupun spekulasi berterusan dari broker dan penganalisis pasaran, harga emas hanya mampu bertahan beberapa bulan sebelum jatuh teruk pada awal 2012 ekoran kejatuhan ekonomi eropah, ramai pelabur yang membeli ketika harga puncak tersebut terpaksa menanggung kos simpan emas atau menerima risiko emas mereka akan dilelong apabila tamat tempoh waktu simpanan. Akhirnya pelabur terpaksa mengeluarkan emas dan menyimpannya sendiri dan ramai juga yang terpaksa menjual emas mereka untuk mengelak terus membayar upah simpan.

Rujukan dari Malaysiainsider, utusan,hmetro, NST

HafizJewel Di TV Al-Hijrah

Kepada meraka yang terlepas menonton rancangan Ejen Halal di tv Al-Hijrah, disini kami menyediakan kepada pengunjung semua rakaman video tersebut.

Rancangan ini menyentuh isu-isu berkaitan emas dari sudut perhiasan, simpanan, dan pelaburan.

Kedai emas online kini diupdate

Sedikit maklumat buat pengunjung Hafizjewel yang dihormati, kedai emas online kami yang menyediakan item-item barangan kemas dan batu permata pada harga teruja kini diuruskan oleh Saudara Asyraff bermula beberapa minggu yang lalu. Beliau kini sedang bertungkus lumus memasukkan semua data, gambar dan maklumat terbaru untuk pengunjung hafizjewel melihat dan memilih barangan kemas yang berkenan di hati anda.

Mengikut maklumat yang kami terima, beliau yang sedang tidak cukup tangan mengejar tempoh dateline yang ditetapkan oleh Pengarah Urusan Hafizjewel dilaporkan masih berkesempatan untuk melayan sebarang pertanyaan dan tempahan anda. Beliau juga akan melayan sebarang pertanyaan anda melalui chat di laman sosial Facebook dan Twitter kami.

Berminat untuk mendapatkan barangan kemas pada harga teruja? layari laman web kedai emas kami di sini.

Related Posts with Thumbnails
  • Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >






New Lelong Item..

  • Salam Takziah Dari Hafiz Jewel
    Assalamualaikum w.b.t. BESUT... 
  • Zakat Emas
    Assalamualaikum w.b.t Dalil... 
    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera