Hafiz Jewel Hafiz Gold bersiaran di TV9
Kira-kira dua bulan yang lalu, premis kami Hafiz Jewel Hafiz Gold telah menerima kunjungan krew produksi rancangan Usrah TV9 yang dihoskan oleh Ustaz Mohamad Amin. Ustaz telah membincangkan dari sudut hukum berkenaan Emas sebagai satu bentuk Perhiasan, Simpanan, Pelaburan dan Perubatan. Alhamdulillah, bertambah ilmu kami dengan kehadiran Ustaz yang memberikan tazkirah yang cukup baik. Kami turut berkongsi pengalaman bersama Ustaz terutamanya dari sudut teknikal emas sebagai suatu bentuk perhiasan. Kami turut menyentuh topik yang ‘hot’ ketika ini iaitu emas sebagai satu bentuk simpanan jangka panjang. Sebagaimana dimaklumkan, Insya ALLAH rancangan tersebut akan disiarkan di seperti ketetapan berikut:
Rancangan: Usrah TV9 bersama Ustaz Mohamad Amin
Tarikh: 6 Julai 2012 (JUmaat)
Masa: 11.00 pagi
Terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami, terutamanya kepada ahli keluarga dan pelanggan-pelanggan yang tetap setia bersama kami. Insya ALLAH kami akan terus komited menjalankan urusniaga jual beli emas dengan cekap, jujur, cepat dan yang paling penting, patuh syariah bagi memastikan rezeki yang halal di kedua-dua pihak penjual dan pembeli.
