Lelongan siri 14: Cincin Berlian CB0806
Terima kasih kepada semua rakan pembida yang setia menunggu bidaan Hafiz Jewel siri 14, bulan Disember 2011. Untuk bidaan kali ini, kami akan menawarkan sebentuk cincin berharga RM590.00 untuk dimenangi. Lelongan kami ini khusus untuk semua yang telah menyokong sesi bidaan kami sepanjang tahun ini. Lebih istimewa, lelongan ini adalah sebagai pemula awal tahun hijriyyah 1433 dan penamat tahun masihi 2011. Cincin emas berlian CB0806 berikut dilelong pada harga mula RM9.90 sahaja. Lelongan dimulakan pada Khamis, 7 Disember 2011 jam 12:00 tengah hari dan akan tamat tepat jam 11:59 pagi Selasa, 3 Januari 2012.
Perincian cincin:
Kod: CB0806
Kualiti emas: 750 @ 18K
Berat: 1.3g
Batu: Berlian
Saiz: 13
RRP: RM590.00
Terma dan syarat:
1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
2. Berdaftar dengan kami sebagai pembida yg sah melalui akaun facebook di facebook.com/hafizjewel melalui email ID yang anda berikan.
3. Meletakkan nilai bidaan dengan jelas di ruangan komen barangan bidaan yg disediakan. Bidaan yang diletakkan pada ruangan lain tidak akan diterima.
4. Minimum harga untuk setiap unit bidaan adalah RM0.10. Ini bermakna sekiranya harga mula RM9.90, bidaan seterusnya adalah sekurang-kurangnya adalah RM10.00.
5. Sesuatu nilai bidaan mestilah diletakkan lebih tinggi dari bidaan sebelumnya. Sekiranya ada bidaan-bidaan yang sama nilainya, bidaan yg terawal akan diambilkira.
6. Bidaan tertinggi pada saat berakhirnya bidaan bagi sesuatu sesi dikira pemenang iaitu pada jam 11:59am bagi setiap sesi. Kami akan ‘approve’ semua bidaan dalam tempoh tersebut, manakala bidaan pada jam 12:00 tengahari dan ke atas akan tidak diterima. Penentuan masa adalah berdasarkan kepada jam internet@server www.hafizjewel.com; iaitu waktu yang dipaparkan di ruangan sesuatu komen (di bahagian atas komen anda).
Kami amat mengharapkan budi bicara tuan puan sepanjang berlangsungnya sesi bidaan ini. Kami menyimpan email ID dan facebook ID bagi semua pembida, sekiranya ada yang tidak jujur, email anda akan digantung dan tidak lagi dibenarkan utk menyertai bidaan yg akan datang. Hafiz Jewel memberi jaminan tidak akan ada sebarang unsur penipuan dari pihak kami sepanjang proses bidaan. Staf dan keluarga terdekat juga dilarang menyertai bidaan ini.
Setiap keputusan adalah muktamad, namun kami menerima sebarang cadangan penambaikan untuk kebaikan semua di masa hadapan.
Diskaun:
Semua pembida perlu berdaftar menjadi rakan facebook kami untuk menyertai bidaan, anda juga digalakkan menjadi follower website kami dan menyertai program affiliate. Selain daripada layak untuk menikmati harga diskaun berjumlah sehingga 15%, pendaftaran ini juga adalah sebagai sebuah mutual understanding bahawa rakan-rakan pembida semua adalah genuine bidder.
Untuk mendapatkan diskaun 5%, semua pembida perlulah berdaftar sebagai rakan FB Hafiz Jewel sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.
Untuk mendapatkan lagi 5% diskaun, rakan pembida perlulah menjadi follower kepada website hafizjewel.com sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.
Untuk mendapatkan tambahan 5% lagi, rakan pembida perlu menyertai program affiliate kami DAN meletakkan banner kami di website anda. Banner perlu diletakkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.
Sila klik page bidding registration untuk maklumat lanjut.
Pembayaran dan pengambilan hadiah:
Kami akan menghubungi pemenang sejurus selepas tamatnya sesi bidaan untuk urusan pembayaran dan pengambilan hadiah. Kami amat menggalakkan para pemenang untuk mengambil hadiah kemenangan di pejabat kami, dan acara ini akan dimasukkan ke dalam laman web kami. Sekiranya mengalami kesulitan, pemenang boleh menghantar wakil untuk menuntut hadiah. Sekiranya faktor jarak menjadi masalah, kami sedia menghantar barangan tersebut melalui perkhidmatan pos dengan kos P&P ditanggung oleh pihak pembeli. Bayaran boleh dibuat ketika datang mengambil hadiah di kedai kami (dalam masa 7 hari), dan sekiranya khidmat P&P diperlukan bayaran perlu dibuat dalam masa 3 hari melalui online banking dari tarikh tamat bidaan. Ini adalah penting kerana kami akan memaklumkan para pemenang beserta hadiah masing-masing melalui laman web kami apabila tamatnya satu-satu sesi bidaan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui ruangan komen, email atau terus menelefon kami. Alternatively artikel2 sebelum ini berkenaan sesi lelongan boleh diperolehi menerusi kategori ‘artikel’, ‘lelong’ dan ‘guide’.
Terima kasih.
