Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Entries for September, 2011

Lelongan siri 12: Cincin Zirconia CZ1719

Setelah hampir sebulan sesi bidaan Hafiz Jewel ditangguhkan, kami akan mulakan bidaan siri 12 pada hari ini :) Terima kasih kepada semua pelanggan setia kami yang sabar menunggu. Diperkenalkan perhiasan emas untuk sesi bidaan Hafiz Jewel siri 12 Oktober 2011yang merupakan sebentuk cincin zirconia CZ1719, dilelong pada harga mula RM9.90. Lelongan dimulakan dari sekarang Jumaat, 30 September 2011 jam 12:00 tengah hari dan akan tamat tepat jam 11:59 pagi Khamis, 27 Oktober 2011.

Perincian cincin:
Kod: CZ1719
Kualiti emas: 18K
Berat: 1.3g
Batu:Zirconia
RRP: RM350.00

Capaian ke online shop kami berkenaan cincin tersebut http://www.hafizjewel.com/shop/?s=1719

Terma dan syarat:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

2. Berdaftar dengan kami sebagai pembida yg sah melalui akaun facebook di facebook.com/hafizjewel melalui email ID yang anda berikan.

3. Meletakkan nilai bidaan dengan jelas di ruangan komen barangan bidaan yg disediakan. Bidaan yang diletakkan pada ruangan lain tidak akan diterima.

4. Minimum harga untuk setiap unit bidaan adalah RM0.10. Ini bermakna sekiranya harga mula RM9.90, bidaan seterusnya adalah sekurang-kurangnya adalah RM10.00.

5. Sesuatu nilai bidaan mestilah diletakkan lebih tinggi dari bidaan sebelumnya. Sekiranya ada bidaan-bidaan yang sama nilainya, bidaan yg terawal akan diambilkira.

6. Bidaan tertinggi pada saat berakhirnya bidaan bagi sesuatu sesi dikira pemenang iaitu pada jam 11:59am bagi setiap sesi. Kami akan ‘approve’ semua bidaan dalam tempoh tersebut, manakala bidaan pada jam 12:00 tengahari dan ke atas akan tidak diterima. Penentuan masa adalah berdasarkan kepada jam internet@server www.hafizjewel.com; iaitu waktu yang dipaparkan di ruangan sesuatu komen (di bahagian atas komen anda).

Kami amat mengharapkan budi bicara tuan puan sepanjang berlangsungnya sesi bidaan ini. Kami menyimpan email ID dan facebook ID bagi semua pembida, sekiranya ada yang tidak jujur, email anda akan digantung dan tidak lagi dibenarkan utk menyertai bidaan yg akan datang. Hafiz Jewel memberi jaminan tidak akan ada sebarang unsur penipuan dari pihak kami sepanjang proses bidaan. Staf dan keluarga terdekat juga dilarang menyertai bidaan ini.

Setiap keputusan adalah muktamad, namun kami menerima sebarang cadangan penambaikan untuk kebaikan semua di masa hadapan.

Diskaun:

Semua pembida perlu berdaftar menjadi rakan facebook kami untuk menyertai bidaan, anda juga digalakkan menjadi follower website kami dan menyertai program affiliate. Selain daripada layak untuk menikmati harga diskaun berjumlah sehingga 15%, pendaftaran ini juga adalah sebagai sebuah mutual understanding bahawa rakan-rakan pembida semua adalah genuine bidder.

Untuk mendapatkan diskaun 5%, semua pembida perlulah berdaftar sebagai rakan FB Hafiz Jewel sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.

Untuk mendapatkan lagi 5% diskaun, rakan pembida perlulah menjadi follower kepada website hafizjewel.com sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.

Untuk mendapatkan tambahan 5% lagi, rakan pembida perlu menyertai program affiliate kami DAN meletakkan banner kami di website anda. Banner perlu diletakkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.

Sila klik page bidding registration untuk maklumat lanjut.

Pembayaran dan pengambilan hadiah:

Kami akan menghubungi pemenang sejurus selepas tamatnya sesi bidaan untuk urusan pembayaran dan pengambilan hadiah. Kami amat menggalakkan para pemenang untuk mengambil hadiah kemenangan di pejabat kami, dan acara ini akan dimasukkan ke dalam laman web kami. Sekiranya mengalami kesulitan, pemenang boleh menghantar wakil untuk menuntut hadiah. Sekiranya faktor jarak menjadi masalah, kami sedia menghantar barangan tersebut melalui perkhidmatan pos dengan kos P&P ditanggung oleh pihak pembeli. Bayaran boleh dibuat ketika datang mengambil hadiah di kedai kami (dalam masa 7 hari), dan sekiranya khidmat P&P diperlukan bayaran perlu dibuat dalam masa 3 hari melalui online banking dari tarikh tamat bidaan. Ini adalah penting kerana kami akan memaklumkan para pemenang beserta hadiah masing-masing melalui laman web kami apabila tamatnya satu-satu sesi bidaan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui ruangan komen, email atau terus menelefon kami. Alternatively artikel2 sebelum ini berkenaan sesi lelongan boleh diperolehi menerusi kategori ‘artikel’, ‘lelong’ dan ‘guide’.

Terima kasih.

Harga emas turun, mari cepat-cepat beli!!!

Masa yang dinanti-nanti oleh kebanyakan kita telah pun tiba, harga emas telah turun!! Untuk hari ini, harga pasaran untuk emas999 adalah RM208.00/g dan emas 916 adalah RM197.00/g. Turun sebanyak RM8.00/g berbanding harga yang lepas. Hafiz Jewel menawarkan diskaun sebanyak RM14.00/g untuk emas tersebut menjadikan harga jualan kami pada RM194.00/g (emas999) dan RM183.00/g (emas916).

Khusus kepada mereka yang berminat dengan pre-loved items, lebih diskaun akan diberikan. Pre-loved items, atau used gold ini secara fizikal adalah sama seperti emas baru tapi mungkin warnanya agak pudar atau kelam sedikit. Ia akan melalui proses reconditions; satu proses yang hampir sama dilalui oleh emas baru di kilang-kilang yang melibatkan reshaping, cleaning, polishing dan replating. Kami memberikan diskaun sebanyak RM33.00/g bagi pre-loved items, menjadikan harga jualannya hanya RM164.00/g. Harganya amat kompetetif dan sangat sesuai bagi tuan-puan yang berhajat untuk membuat simpanan/pelaburan emas.

Kami tidak dapat memuatnaik gambar2 emas plain 999 dan 916 ini item per item ke dalam online shop kami hafizjewel.com/shop kerana kebiasaannya perhiasan2 ini akan dijual dengan cepat. Adalah lebih baik sekiranya tuan-puan dapat hubungi saya terlebih dahulu sebelum ke kedai, untuk saya maklumkan samada kami masih mempunyai pre-loved items pada satu-satu masa kerana stoknya agak terhad.

Terima kasih

Hadi

0387395415

01112171202

P/S: Kami memohon maaf kepada pengunjung setia hafizjewel.com kerana sudah agak lama tidak update website ni atas faktor kekangan masa :) Kami bercuti panjang semasa Hari Raya Eidulfitri, kemudiannya ada staf kami baru mendirikan rumah tangga manakala dua orang lagi baru menerima cahaya mata. Alhamdulillah rezeki bulan Syawal :) Insya ALLAH kami akan bergerak seperti biasa selepas ini, bahkan akan bergerak dengan lebih pantas untuk memberikan informasi dan servis terbaik kepada anda semua.

Oh ya, sebelum saya terlupa insya ALLAH sesi bidaan Hafiz Jewel akan diteruskan seperti biasa, dan bidaan siri 12 akan dimulakan dalam minggu ini juga :) Item apa agaknya yang akan ditawarkan kali ini? Tunggu yaaa

Related Posts with Thumbnails






New Lelong Item..

  • Lelongan siri 13: Loket Emas LZ0899
    Terima kasih kepada semua... 
  • Lelongan siri 12: Cincin Zirconia CZ1719
    Setelah hampir sebulan... 
    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera