Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Entries for July, 2011

Lelongan siri 7: Cincin CZ1833

Diharapkan rakan-rakan semua ceria pagi ini. Pihak kami mengalami sedikit masalah teknikal kebelakangan ini yang telah melewatkan proses siri bidaan seperti yang telah dirancangkan. Alhamdulillah kesulitan itu telah kami atasi dan kami akan mulakan bidaan siri 7 hari ini. Kami mengenalkan format baru, di mana tempoh bidaan dipendekkan kepada hanya seminggu, bermakna ada 4 bentuk emas perhiasan untuk dimenangi setiap bulan. Dan ia akan diteruskan sepanjang bulan ini sehingga hari raya. WOW!!! Jangan lupa membaca terma & syarat baru yang telah kami perkenalkan minggu lalu, point utamanya adalah berdaftar dengan kami sebagai pembida sah melalui akaun facebook Hafiz JEwel. Maklumat lanjut boleh diperolehi di bawah.

Cincin berikut dilelong pada harga mula RM9.90. Lelongan akan dibuka pada Rabu, 13 Julai 2011 jam 12:00 tengah hari dan akan tamat tepat jam 11:59 pagi Selasa, 19 Julai 2011.

Perincian cincin:
Kod: CZ1833
Kualiti emas: ~10K
Berat: 1.3g
Batu: Zirconia
RRP: RM180.00
Saiz cincin: 12

Terma dan syarat:

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

2. Berdaftar dengan kami sebagai pembida yg sah melalui akaun facebook di facebook.com/hafizjewel melalui email ID yang anda berikan.

3. Meletakkan nilai bidaan dengan jelas di ruangan komen barangan bidaan yg disediakan. Bidaan yang diletakkan pada ruangan lain tidak akan diterima.

4. Minimum harga untuk setiap unit bidaan adalah RM0.10 atau 10sen. Ini bermakna sekiranya harga mula RM9.90, bidaan seterusnya adalah sekurang-kurangnya adalah RM10.00.

5. Sesuatu nilai bidaan mestilah diletakkan lebih tinggi dari bidaan sebelumnya. Sekiranya ada bidaan-bidaan yang sama nilainya, bidaan yg terawal akan diambilkira.

6. Bidaan tertinggi pada saat berakhirnya bidaan bagi sesuatu sesi dikira pemenang.

Kami amat mengharapkan budi bicara tuan puan sepanjang berlangsungnya sesi bidaan ini. Kami menyimpan email ID dan facebook ID bagi semua pembida, sekiranya ada yang tidak jujur, email anda akan digantung dan tidak lagi dibenarkan utk menyertai bidaan yg akan datang. Hafiz Jewel memberi jaminan tidak akan ada sebarang unsur penipuan dari pihak kami sepanjang proses bidaan. Staf dan keluarga terdekat juga dilarang menyertai bidaan ini.

Diskaun:

Semua pembida perlu berdaftar menjadi rakan facebook kami untuk menyertai bidaan, anda juga digalakkan menjadi follower website kami dan menyertai program affiliate. Selain daripada layak untuk menikmati harga diskaun berjumlah sehingga 15%, pendaftaran ini juga adalah sebagai sebuah mutual understanding bahawa rakan-rakan pembida semua adalah genuine bidder.

Untuk mendapatkan diskaun 5%, semua pembida perlulah berdaftar sebagai rakan FB Hafiz Jewel sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.

Untuk mendapatkan lagi 5% diskaun, rakan pembida perlulah menjadi follower kepada website hafizjewel.com sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.

Untuk mendapatkan tambahan 5% lagi, rakan pembida perlu menyertai program affiliate kami DAN meletakkan banner kami di website anda. Banner perlu diletakkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum bermulanya sesuatu sesi bidaan. Sekiranya kurang dari tempoh tersebut, diskaun hanya akan diberi untuk sesi bidaan seterusnya.

Sila klik page bidding registration untuk maklumat lanjut.

Pembayaran dan pengambilan hadiah:

Kami amat menggalakkan para pemenang untuk mengambil hadiah kemenangan di pejabat kami, dan acara ini akan dimasukkan ke dalam laman web kami. Sekiranya mengalami kesulitan, pemenang boleh menghantar wakil untuk menuntut hadiah. Sekiranya faktor jarak menjadi masalah, kami sedia menghantar barangan tersebut melalui perkhidmatan pos dengan kos P&P ditanggung oleh pihak pembeli.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui ruangan komen, email atau terus menelefon kami. Alternatively artikel2 sebelum ini berkenaan sesi lelongan boleh diperolehi menerusi kategori ‘artikel’, ‘lelong’ dan ‘guide’.

Terima kasih.

Pemenang Cincin Emas CZ1217 bidaan HJ siri 6

Alhamdulillah proses bidaan Hafiz Jewel siri 6 telah selesai seperti mana yang dirancang. Cincin CZ1217 telah dimenangi oleh Sdr Hanizal Basir dari Kuala Lumpur. Beliau sendiri telah datang ke pejabat Hafiz Jewel untuk pengambilan hadiah. Tahniah kepada beliau!

Berikut disertakan sedikit maklumat tambahan:
Kod cincin: CZ1217
Retail price: RM280
Bidding price: RM250.00
Discount: 5% (FB friend)
Winning price: RM237.00

Mohon maaf kerana bidaan siri 7 yang dirancang pertengahan minggu lepas terpaksa ditunda atas sebab-sebab teknikal.

Insya ALLAH, kita akan mulakan bidaan tersebut awal minggu hadapan.

Dapatkan maklumat berkenaan terma dan syarat penyertaan bidaan Hafiz Jewel di sini.

TErima kasih

Related Posts with Thumbnails






New Lelong Item..

  • Lelongan siri 7: Cincin CZ1833
    Diharapkan rakan-rakan... 
    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera