Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Entries for May, 2011

Lelongan siri 5: Set Rantai Leher dan Loket Berlian

Set rantai leher dan loket berikut dilelong pada harga mula RM99.90. Lelongan akan dimulakan pada Selasa, 10 Mei 2011 jam 12:00 tengah hari dan akan tamat tepat jam 11:59 pagi Isnin, 23 Mei 2011.

Perincian set:
Rantai leher: EPR0528
Kualiti: Emas putih 750
Berat: 0.9g
RRP: RM200.00

Loket berlian: EPL0529
Kualiti: Emas putih 750 + berlian
Berat: 1.1g
RRP: RM540.00

Syarat utama bidaan mudah sahaja, anda hanya perlu meletakkan bidaan anda pada ruangan ‘comment box’. Minimum harga untuk bidaan adalah RM0.10 atau 10sen. Ini bermakna dengan harga mula RM99.90, bidaan seterusnya adalah sekurang-kurangnya adalah RM100.00, lebih tinggi lebih baik . Begitulah seterusnya, dan bidaan tertinggi pada saat berakhirnya sesuatu sesi dikira pemenang. Sekiranya ada bidaan-bidaan yang sama nilainya, bidaan yg terawal akan diambilkira.

Kami amat mengharapkan budi bicara tuan puan sepanjang berlangsungnya sesi bidaan ini. Hafiz Jewel memberi jaminan tidak akan ada sebarang unsur penipuan dari pihak kami semasa proses bidaan. Staff kami juga dilarang dari menyertainya. Untuk mengelakkan non-genuine bidder yang membida secara tidak serius sekaligus memainkan harga dan mengganggu proses ini, saya mencadangkan rakan2 utk terus membida pd harga yg dirasakan patut walaupun ada bidaan yg lebih tinggi. Sekiranya pemenang tidak menuntut cincin ini (non-genuine bidder), kami akan memilih bidaan yg kedua tertinggi. Kami menyimpan email ID bagi semua pembida, sekiranya ada yang tidak jujur, email anda akan digantung dan tidak lagi dibenarkan utk menyertai bidaan yg akan datang. Para pemenang akan diminta ke pejabat untuk mengambil hadiah masing-masing, dan acara ini akan dimasukkan ke dalam laman web kami.

Kami juga menggalakkan semua pembida utk menjadi rakan facebook kami, dan menyertai program affiliate. Selain daripada dapat menikmati harga diskaun sehingga 15%, pendaftaran ini juga adalah sebagai sebuah mutual understanding bahawa rakan-rakan pembida semua adalah genuine bidder.

Perincin lebih lanjut boleh diperolehi dari artikel2 kami di dalam kategori ‘lelong’. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus samada melalui ruangan komen, email atau secara telekomunikasi.

Terima kasih,
Hadi 011 1217 1202

Hebahan umum

Kepada semua rakan-rakan sekalian, sukacita kami maklumkan sekali lagi berkenaan majlis makan tengahari sempena Hari Ibu dan Ayah di Restoran Sri Melayu pada esok, Sabtu 07/05/2011. Tetamu bertuah bakal memenangi pelbagai hadiah menarik yg disediakan di majlis tersebut. Hafiz Jewel akan menaja hadiah berbentuk barangan kemas berjumlah RM15000 dalam bentuk cincin berlian dan sebagainya. Maklumat penuh berkenaan majlis berkenaan boleh anda perolehi di post kami sebelum ini dan website Restoran Sri Melayu. Datanglah beramai-ramai bersama keluarga !!!

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengajak rakan-rakan yang berkelapangan untuk hadir ke Konvensyen Kewangan Islam 2011 yang akan diadakan di Masjid Shah Alam. Seminar ini akan membincangkan antaranya soal riba di dalam urusan jual beli emas dan perak. Adalah menjadi objektif Hafiz Jewel untuk menjadi sebuah syarikat yang menjalankan urusniaga jual-beli emas secara syariah compliance keseluruhannya. Insya ALLAH.

Pemenang cincin CZ1171

Alhamdulillah proses bidaan Hafiz Jewel siri 4 telah selesai seperti mana yang dirancang tengah hari ini.
Cincin CZ1171 tersebut telah dimenangi oleh Encik Asril Azizan dari Seremban. Beliau sendiri telah datang ke pejabat Hafiz Jewel untuk pengambilan hadiah petang tadi.

Berikut disertakan sedikit maklumat tambahan:
Kod cincin: CZ1171
Retail price: RM280
Bidding price: RM161.30
Discount: 15% (FB & affiliate)
Winning price: RM137.00

Bidaan siri 5 akan dilancarkan dalam masa terdekat. Teruskan bersama kami!!!

Kemaskini: Lelongan siri 4 Cincin CZ1171

Terima kasih atas sokongan dan maklum balas rakan-rakan sekalian sepanjang proses bidaan siri 4 CZ1171 ini. Bidaan akan tamat tepat jam 11:59 a.m hari ini, Isnin 02 Mei 2011. Kami akan mengemaskini maklumat berkaitan proses tersebut secara langsung untuk tempoh beberapa jam sebelum berakhirnya bidaan.

9:39 a.m. Proses bidaan akan berakhir kurang dari 3 jam saja lagi. Buat masa ini bidaan tertinggi adalah RM161.00 oleh cik Ismawati.

10:59 a.m. Bidaan akan berakhir dalam sejam saja lagi. Pembida tertinggi ialah cik Sri pada RM161.10

11:44 a.m. Tinggal 15 minit saja lagi, tertinggi adalah RM161.30 dari en. Azizan

11:54 a.m. Lima minit saja lagi, tidak akan ada sebarang update dari kami lagi selepas ini, sehinggalah sesi bidaan tamat. Terima kasih.

12:00 p.m. Sesi bidaan siri 4 secara rasminya kini telah tamat. Cincin CZ1171 telah dimenangi oleh En. Azizan, diharap en. Azizan dapat menghubungi kami dengan segera utk urusan pengambilan hadiah. Kalau berdaftar sbg rakan di facebook, dan menyertai program affiliate boleh dapat diskaun sebanyak 15% lagi.

Makluman: Encik Azizan telah memenangi cincin tersebut pada harga bidaan RM161.30. Oleh kerana beliau adalah rakan FB dan affiliate kami, beliau layak mendapat 15% diskaun seterusnya hanya memenangi cincin tersebut pada harga RM137.10. Analisis menunjukkan cincin ini telah dimenangi pada harga yang lebih rendah dari harga yang telah ditawarkan oleh 21 bidaan lain. Manakala retail price pula adalah RM280.00. Untung bukan?

Terima kasih kepada semua yang telah menyertai bidaan sesi 4 ini. Nantikan bidaan siri 5 yang akan datang tidak lama lagi!!!

Related Posts with Thumbnails
  • Page 2 of 2
  • <
  • 1
  • 2






New Lelong Item..

    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera