Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Entries for May, 2011

Lawati online shop kami hafizjewel.com/shop

Assalamua’laikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Hafiz Jewel online,

Pelbagai koleksi terkini emas perhiasan Hafiz Jewel boleh didapati melalui online shop kami.

Ya kami sudah sediakan semuanya untuk anda. MEnariknya, anda boleh terus ke koleksi emas perhiasan yang anda idamkan tanpa perlu membelek keseluruhan stok. Sebagai contoh, sekiranya anda berminat untuk mencari cincin emas 916 plain, anda cuma perlu pilih kategori ‘cincin emas plain’ di ruang sebelah kanan. Begitu juga ‘rantai emas plain’ , ‘loket emas plain’ dan sebagainya.

Sekiranya anda lebih berminat dengan perhiasan emas yang diikat dengan batu berlian atau zirconia. Anda boleh membuat carian berdasarkan kategori yang telah kami sediankan. Perincian asas perhiasan-perhiasan emas juga kami sertakan di bawah setiap gambar untuk memudahkan anda membuat carian dan pilihan.

Terima kasih.

Pemenang set rantai dan loket berlian bidaan HJ siri 5

Alhamdulillah proses bidaan Hafiz Jewel siri 5 telah selesai seperti mana yang dirancang. Set rantai dan loket berlian tersebut telah dimenangi oleh Raziken dari Kuala Lumpur. Beliau sendiri telah datang ke pejabat Hafiz Jewel untuk pengambilan hadiah. Tahniah kepada beliau!

Berikut disertakan sedikit maklumat tambahan:
Kod set rantai dan loket berlian: EPR0528 & EPL0529
Retail price: RM200 & RM540
Bidding price: RM313.00
Discount: None (not registered with FB & affiliate)
Winning price: RM313.00

Bidaan siri 6 akan dilancarkan dalam masa terdekat. Teruskan bersama kami!!

Pelbagai barangan kemas stok baru juga telah dikemas kini di dalam online shop kami, sila lawati sekarang…..

Kemaskini: Lelong siri 5 set rantai dan loket berlian

Terima kasih atas sokongan dan maklum balas rakan-rakan sekalian sepanjang proses bidaan siri 5 ini. Bidaan akan tamat tepat jam 11:59 a.m hari ini, Isnin 23 Mei 2011. Kami akan mengemaskini maklumat berkaitan proses tersebut secara langsung untuk sebelum berakhirnya bidaan.

10:45 am Tinggal lebih kurang sejam saja lagi sebelum masa tamat. Pembida tertinggi adalah en. Razeq pada RM305.50, hanya RM0.50 lebih tinggi dari en. Izzat

11:40 am LEbih kurang 14 minit saja lagi sebelum tamat. KEtika ini pembida tertinggi ialah cik Ainaa dengan RM310.00

12:00 am: Bidaan siri 5 secara rasminya telah tamat. Pemenang set rantai dan loket berlian ini adalah cik terataizm pada harga RM313.00. Tahniah!

Diharapkan cik teratizm dapat menghubungi saya segera untuk urusan pengambilan hadiah pada harga yg sangat menarik ini. Sekiranya berdaftar sebagai affiliate dan rakan FB kami, diskaun sehingga 15% boleh diberi.

Terima kasih kepada semua rakan-rakan pembida. Nantikan bidaan siri 6 yang akan dilangsungkan dalam masa terdekat.

Pelaburan emas, mana satu pilihan anda?

Berikutan harga emas yang semakin melonjak naik, ditambah dengan pendedahan dan maklumat yang mudah diperolehi melalui media, kini semakin ramai yang berminat untuk menjadikan emas sebagai suatu aset untuk tujuan pelaburan. Rekod menunjukkan harga emas adalah stabil, dan tidak terikat kepada kadar inflasi sesebuah negara. Ramai yang bertanya, apakah bentuk pelaburan emas yang terbaik? Secara prinsip, yang terbaik adalah membeli emas pada kadar terendah dan menjualnya semula pada harga yang tertinggi.

Pelaburan emas, atau secara mudahnya menyimpan emas tidak dapat disangkal lagi mampu memberikan pulangan yang lumayan untuk suatu tempoh yang panjang. Sebagai contoh Emas 24K pada tahun 2000 lebih kurang RM40/g tapi hari ini RM177/g. Sekalipun anda tidak melaburkan emas tersebut , memadai dengan hanya menyimpannya dengan baik sudah menguntungkan kerana emas sendiri adalah penyimpan nilai kewangan yang kukuh. Menyimpan emas boleh dilakukan samada secara emas fizikal ataupun dengan membuat simpanan emas di bank seperti GIA, GSPA dan gold certificates. Jadual ringkas berikut disediakan untuk menunjukkan perbezaan di antara kedua-dua kategori tersebut:

Emas Fizikal Simpanan Emas di Bank
Emas disimpan dalam bentuk fizikal, kata orang alah membeli menang memakai Emas dibeli dalam bentuk saving/investment account dengan baki minimum setiap masa
Kepelbagaian dalam design dan boleh dijadikan perhiasan Tiada kepelbagaian rekabentuk, untuk pelaburan semata-mata
Mudah dijual secara tunai pada bila-bila masa Mudah dijual dalam waktu urusniaga bank
Emas boleh dipajakgadai / al Rahnu sekiranya memerlukan tunai dalam masa yang sama tidak kehilangan aset emas Tidak boleh digadaikan. Sekiranya memerlukan tunai, aset emas perlu dijual
Risiko – kehilangan dan kecurian Simpanan emas terjamin
Kadar susut nilai (spread) tinggi disebabkan harga belian termasuk kos upah Kadar jualan semula lebih tinggi mengikut harga live-rate (hanya caj bank dikenakan)

Dalam pasaran Malaysia, emas fizikal dikategorikan kepada dua iaitu emas perhiasan dan emas jongkong. Emas perhiasan termasuklah cincin, gelang , rantai dan sebagainya manakala emas jongkong berupa gold bar dan gold coin. Ada pelanggan kami yang berminat dengan emas perhiasan, namun ada juga yang memilih emas jongkong sebagai simpanan. Kami sertakan sedikit perbandingan antara keduanya:

Emas Perhiasan Emas Jongkong (gold coin / gold bar)
Kepelbagaian rekabentuk Rekabentuk yang terhad
Cantik dan mudah dibawa ke mana-mana. Sesuai digayakan sebagai perhiasan Hanya sesuai untuk pelaburan semata-mata
Kadar upah dikenakan mengikut rekabentuk Tiada upah dikenakan, hanya berdasarkan berat
Mudah dijual semula dan dipajak di mana-mana pajak gadai atau bank al Rahnu Mudah dijual semula. Mudah dipajak di pajak gadai konvensional. Bank al Rahnu tidak lagi menerima pajakan emas jongkong
Kepelbagaian kualiti dan harga, modal bergantung kepada kemampuan kewangan individu Memerlukan modal yang agak tinggi
Ketulenan emas berbeza bergantung pada rekabentuk. Sekiranya jenis ‘kosong’ mutu emas biasanya tidak dapat dinilai dengan tepat Ketulenan emas jongkong dapat dinilai dengan tepat
Di Selangor, zakat perlu dibayar apabila cukup haul apabila melebihi 800g Di Selangor, zakat perlu dibayar apabila cukup haul dan melebihi 85g
Mindset kebanyakan penyimpan emas; emas perhiasan biasanya lebih dihargai dan disimpan lebih lama. Secara tidak langsung emas tersebut menjadi pelindung kekayaan dan akhirnya mendapat pulangan yang berlipat kali ganda Mindset kebanyakan pelabur emas; emas jongkong biasanya dijual semula apabila harga telah mencapai target keuntungan, sekaligus tidak memaksimumkan pulangan. Dalam masa yang sama setelah emas tersebut dijual, harga belian semula sudah lebih tinggi

Tepuk dada tanyalah selera, terpulanglah pada anda untuk menyimpan emas secara mana. Teruslah menyimpan emas hari ini untuk masa hadapan. Namun perlu kita berhati-hati kerana akhir-akhir ini banyak kita dengar skim pelaburan emas yang tidak patuh syariah dan melanggar akta kewangan. Ada juga syarikat yang ditutup dan disenaraihitam oleh Bank Negara Malaysia.

Semoga anda mendapat manfaat dari post kali ini. Kami akan cuba menyedikan artikel lengkap berkenaan perihal zakat emas dan jual beli emas menurut Islam untuk panduan semua dalam sedikit masa lagi.

Katalog Koleksi Hafiz Jewel Mei 2011

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia Hafiz Jewel. Buat masa ini, kami sedang di dalam proses menaik taraf maklumat database koleksi barangan kemas Hafiz Jewel di dalam online shop kami. Rakan-rakan boleh browse koleksi cincin emas, gelang berlian, rantai emas putih dan pelbagai bentuk perhiasan pada harga yang rendah. Database online shop tersebut akan dikemaskini sekerap mungkin dan kami akan cuba untuk memasukkan stok barangan kemas baru ke dalam sistem tersebut sekurang-kurangnya sekali seminggu. Sila layari online shop kami untuk senarai koleksi perhiasan emas terkini.

Kami juga akan menyediakan katalog untuk tatapan rakan-rakan sekalian. Katalog Hafiz Jewel akan dikeluarkan setiap bulan, untuk Mei 2011 katalog berikut disediakan khas untuk anda.

Daftarlah email anda dengan kami untuk menjadi orang pertama yang mendapat maklumat terkini dari kami. Jangan lupa untuk terus membida koleksi terbaik kami pada harga yang menakjubkan. Daftar juga sebagai ahli affiliate dan rakan facebook Hafiz Jewel untuk mendapatkan diskaun sehingga 15% untuk barangan bidaan yang anda menangi.

Related Posts with Thumbnails
  • Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >






New Lelong Item..

  • Lelongan siri 9: Kerongsang Emas KZ1017
    Kerongsang emas berikut... 
    • Kategori carian

    • Networked blogs

    • Meta

    Cara Pembayaran

    • (A) Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafiz Gold
  • (B) Bayaran melalui CIMB
  • No Akaun: 12370000736108
  • Nama Akaun: Hafiz Jewel
  • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, sila maklumkan kepada kami dgn segera