Pertama-tamanya kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah menghantar pelbagai logo kepada kami didalam pertandingan mencipta logo hafizjewel pada bulan yang lalu, maaf kerana pastinya ramai peserta menunggu keputusan terakhir satu-satunya pemenang logo ini yang bakal membawa pulang sebentuk Cincin Emas berlian bernilai RM1800.00 dan wang tunai RM200.00. Setelah kami meneliti kesemua logo yang dihantar, kami telah mengshortlistkan beberapa design yang menarik, berikut adalah design yang menjadi pilihan kami, top 5 logo yang dishorlistkan.

1. Logo dari Mustaq Ahmad

2. Logo dari mrpsycho98

3. Logo dari Omar Afnan

4. Logo dari Muhammad Mohsein

5.Logo dari Fend

Setelah perbincangan dilakukan, kami telah bersepakat untuk mengumumkan bahawa pemenang bagi pertandingan logo Hafizjewel dimenangi oleh saudara Omar Afnan, ini kerana designnya yang lebih elegan dan menunjukkan dengan terang tulisan “Hafizjewel”, saudara Omar Afnan sila hubungi kami dengan segera untuk menuntut hadiah dari hafizjewel yang telah menjadi milik saudara.

Selepas ini Hafizjewel akan terus menggunakan logo ciptaan Omar Afnan untuk urusan rasmi kami seperti website, flyers, banner dan letterhead. Tahniah dan sekalung perhargaan dari kami untuk saudara Omar Afnan. Kepada peserta yang lain, insyallah dilain masa Hafizjewel akan terus mengadakan pertandingan yang menawarkan hadiah emas, intan dan permata untuk anda. Salam perhargaan dari kami, Hafizjewel : We buy gold at the highest price.

There are no related items