Sesi lelongan kedua bermula
Selamat malam buat pengunjung hafizjewel, dikala saya menulis artikel ini, saya bergegas sekejap menonton di kaca TV, menanti keputusan Pemilihan UMNO di PWTC yang diumumkan oleh Pengerusi tetapnya. Nampaknya keputusannya yang diumumkannya adalah sesuatu yang sudah dijangka dan boleh dibaca dari awal lagi tiada keputusan mengejutkan seperti semalam. Mungkin saya seorang yang suka sesuatu yang diluar jangka, yang boleh dijadikan modal untuk berbicara di kedai kopi, haha, apa sahaja, sekadar ingin berkongsi bicara.
Baiklah, tanpa membuang masa saya ingin mengumumkan bahawa lelongan sesi kedua Hafizjewel telahpun bemula, pada kali ini, kami melelong 2 bentuk cincin berlian. Satu mempunyai 5 butir berlian manakala cincin yang kedua mempunyai dua jenis batu iaitu berlian dan topaz. Kami memulakan harga lelongan kedua-dua item tersebut pada harga RM59.90.
Cincin pertama adalah cincin baru, tetapi cincin kedua mempunyai sedikit cerita, maybe anda suka untuk mendengar cerita, meh saya cerita sedikit walaupun kurang la terer untuk bercerita. saya cuba ye.
Cincin ini diperolehi dari seorang makcik di Nilai, makcik ni suka menyimpan barang-barang kemas ni, konon-konon macam mami jarumla, tapi edisi negri sembilan. Satu hari makcik itu call kami, dia nak kami ambil barang-barang dia yang lama, sampai je rumah dia, dia dah sedia tunggu depan pintu dan letak lebih kurang dalam 20 barang kemas atas meja. Selepas kami check, saya saja-saja bergurau dengan makcik tu, “makcik yang lain semua tulen tapi cincin ni je bukan emas ori”, “eh, ye ke? aik, camne x ori pulak.. xpela, amik je semua, makcik taknak simpan yang tak ori”. hafiz dah tengok saya pelik, saya saja2 kenyit, nak bergurau dengan makcik tu.
Kami pun berjanji akan hantar barang baru pada makcik tu esok, dalam kereta, hafiz tanya, apsal ko saja kata tak ori pulak?, saya jawab la, ala saja je gurau, pelik makcik tu takleh beza ori ke tak, nanti masa hantar barang baru nanti, kita cakap betulla, saja test makcik tu. Hafiz senyap je. Nak dijadikan cerita, tak sampai 10 minit drive, tiba-tiba minyak habis, macam mana kami tak perasan pulak minyak dah takde. Mujur stesen minyak dekat je, boleh jalan kaki. Sambung drive 5 minit, tayar kereta pulak bocor. Aih, kami dah rasa pelik, pelik benornye.
Akhir sekali hafiz suruh saya call makcik tu kata cincin ini ori. Saya call makcik tuh kata saya bergurau je sambil cerita pasal cincin dia dan kereta ni. Makcik tuh kata “haa, nak gurau sangat, baru tahu makcik ni sapa..”, eh eksyen pulak makcik ni. Saya minta maaf dan janji nak hantar barang baru esok. Then kami bleh drive balik tanpa ada masalah lagi.
Moral of story, jangan bergurau dengan makcik hehe..oklah, saya gelak je teringat cerita ni. Ada sapa-sapa nak dapatkan cincin ajaib makcik ni..?? hafiz saja simpan dan baiki menjadi baru, emas makcik tu yang lain semua kami dah leburkan.
apa-apapun back to term-condition untuk sesi lelongan kedua.
Tempoh bidaan adalah selama 2 minggu (27 March 2009 - 12 April 2009)
Sila tuliskan bidaan anda pada ruangan komen , simple dan accurate. Eg : saya bid RM70.00, as simple like that.
Promosi : Jika anda menulis suatu article bertajuk “Jual beli emas di Hafizjewel” didalam blog/website anda, kami akan memberi potongan sebanyak 25% diatas bidaan anda”
Anda bebas untuk menggunakan sebarang artikel dan imej dari website hafizjewel untuk diletakkan didalam blog anda, dan jangan lupa, link kan ke blog kami.
Anda mungkin ingin membaca Term-Condition kami pada sesi lelongan pertama untuk bantuan. click disini
March 27th, 2009 at 12:33 pm
[...] baca term & condition disini sebelum [...]
March 27th, 2009 at 12:34 pm
[...] baca term & condition disini sebelum [...]
March 28th, 2009 at 1:56 pm
saya bid RM61.00
[Reply]
salah petak ni dik.. bukan bid kat sini.. kat 2 item dibawah article ni..
[Reply]