Salam sejahtera kepada semua pengunjung website hafizjewel, saya menulis disini sekadar untuk berkongsi satu berita baik, mungkin anda sedang menunggu untuk sesi lelongan kedua?, maaf kerana kelewatan kemaskini data. Apa-apa pun sambil-sambil anda menunggu, apa kata jika?

Setelah diperkenan oleh saudara Hafiz, saya dari pihak admin akan mengadakan pertandingan mencipta logo untuk website hafizjewel, pertandingan ini adalah terbuka untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira had umur dan akan berlansung dalam tempoh 1 bulan iaitu bermula pada 25 Mac dan berakhir pada 25 April 2009. Hadiah yang ditawarkan adalah amat-amat lumayan (bagi saya, kalau boleh saya pun nak join), pemenangnya (atau mungkin anda?) akan membawa pulang sebentuk cincin berlian bernilai RM1900.00 dan wang tunai RM200.00.

Berikut adalah syarat-syarat pertandingan adalah : mesti patuhi yee..

1. Anda mestilah warganegara Malaysia

2. Anda mesti letakkan imej diatas dan link kan website hafizjewel didalam blog, website, friendster, myspace etc anda

code

Atau

Link gambar diatas kedalam satu article didalam blog anda bertajuk “Jual beli emas di hafizjewel”, anda bebas menggunakan sebarang grafik dan article disini untuk diletakkan didalam blog anda.

3. Tiada borang yang perlu diisi, anda hanya perlu memberi link kepada ciptaan logo anda didalam ruangan komen dibawah article ini beserta link web/blog/profile anda: contoh (click here)

4. Tarikh pertandingan adalah 25 Mac - 25 April 2009, sebarang penyertaan selepas tarikh berikut tidak akan diterima.

5. Kakitangan Hafizjewel dan keluarga terdekat tidak dibenarkan sama sekali menyertai pertandingan ini. (hilang peluang saya..aduii)

6. Hafizjewel berhak mengubah item hadiah yang mempunyai value sama seperti yang tertera diatas.

7. Segala hakcipta yang dihantar untuk pertandingan ini akan menjadi hak milik hafizjewel.com

8. Keputusan akan diumumkan selepas tempoh pertandingan ini selesai, segala rayuan tidak akan dilayan.

Kepada pengunjung hafizjewel, jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini ye. Kami sedang memberi peluang yang besar untuk memiliki barangan kemas hafizjewel. Adakah anda perlu mahir graphic?? TIDAK PERLU, cipta apa sahaja logo yang anda fikir sesuai dengan konsep kami, hafizjewel (we buy gold at the highest price). Logo anda tidak semestinya cantik/moden/ high graphic kerana kami mungkin akan mengubahnya untuk mencantikkan pada masa akan datang. Tetapi kalau cantik lebih afdal. Sentiasa ingat, Value yang kami utamakan adalah idea anda kerana idea anda lebih bernilai dari cincin, emas atau berlian.

Apa tunggu lagi, meh secawan :-)

There are no related items