Hafizjewel.com

We buy gold at the highest price Contact : 012-3349940 or 012-3358944


*Sebarang kesulitan untuk datang ke ofis kami? agen bergerak kami sedia ke tempat anda!

Entries Tagged ‘harga emas’

Pelaburan Emas di Malaysia

Kami menerima banyak pertanyaan dari pelanggan, dari customer dan individu yang bertanyakan tentang pelaburan emas di Malaysia contohnya pelaburan emas di Public Gold, GIA Account, Maybank Gold Account dan sebagainya. Kebanyakan daripada pelaburan emas ini telah diterangkan oleh Enc Syukor Hasyim di blog beliau di Jutawan emas, bagaimana dan berapa keuntungan, saudara-saudara semua boleh merujuk di blog beliau.

Pada pendapat kami, secara konsepnya, pelaburan emas ini adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia tidak bermakna emas tersebut diniagakan dimana-mana pasaran, cuma harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai simpanan saudara. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia, lima antaranya;

1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia

Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.

2. China, India dan Pasaran Asia.

Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.

3. Permintaan Bank Pusat Negara.

Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.

4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong

Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.

5. Permintaan Pelaburan.

Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.

Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Pelaburan emas adalah simpanan, dengan anda membeli emas, bermaksud anda membeli untuk menyimpan bagi satu tempoh masa dan jual apabila harga emas naik. Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya bila waktu sesuai untuk membeli? (Read the rest of this entry…)

Majlis Hari Raya Hafizjewel 2010


Pada 2 Oktober baru-baru ini, kami di Hafizjewel telah mengadakan Rumah Terbuka dan Majlis Sambutan Hari Raya bersama-sama dengan 7 buah rumah kebajikan dan Anak Yatim sekitar Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur. Majlis kami yang bermula pada jam 11.00 pagi bertempat di rumah Pengarah Urusan Hafizjewel, Enc. Hafiz Rashidi diadakan dengan tujuan utamanya memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim sekitar sini dan pada masa yang sama meraikan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan mereka.

(Read the rest of this entry…)

Emas nugget palsu jangan tertipu

Saya baru sahaja kembali ke ofis dari bandar kajang, membeli coolblog (wah! bersama membantu promosi air coolblog di Metro Kajang oleh usahawan bumiputra) naik sahaja ke ofis dengan tercungap-cungap saya masuk ke bilik bos, buka saja pintu saya lihat Anep memegang sebungkus nugget emas (dah macam nugget KFC je saya tengok). “Wah, mana dapat ni Nep”, bukan senang nak tengok berketul-ketul nugget ditabur diatas meja (rasa nak kutip je ahahah).

Lantas saya bertanya, “sapa pergi mendulang ni?”, saya terus ambil satu nugget sambil membelek depan belakang, rasa nak gigit pun ada sebab nak test ketulenan emas, orang tua kata emas ni lembut dan boleh digigit, kenala try kan :) . Selepas belek 2-3minit, saya rasa lain macam je nugget ni, saya ambil batu hitam, gores sedikit, emmmm..ada colour emas, tapi masih tak berani untuk akui ketulenan nugget, anep buat muka sifar, hafiz pun buat muka sifar, saya rasa tak berpuas hati dengan ujian batu hitam ni je, saya ambil asid dan buat ujian sekali lagi. Goresan tersebut hilang, padam, lesap, meruap, cair atau apa sahaja bahasa yang sesuai kerana saya rasa kecewa warna emas tersebut luntur. SAH dan MAKIN SAH nugget ini palsu, bukan emas tetapi tembaga kuning yang biasa orang guna untuk menghasilkan emas palsu.

Sekali lagi rasa kecewa, siapalah yang sanggup buat sampai ke bentuk nugget untuk dijual kepada orang diluar sana, sekali tengok ia memang mudah untuk dianggap sebagai emas, dah jika ditoreh pun anda maybe masih ragu-ragu, tetapi jika ujian asid dijalankan, terbukti barang ini bukannya emas tulen tetapi tembaga kuning atau “copper pyrites” iaitu tembaga solid yang agak berat dan akan bertukar warna kepada hijau pada ujian asid (copper sulfate) untuk menguji ketulenan emas.

Saya lampirkan sedikit gambar nugget tersebut untuk pelawat Hafizjewel, Hati-hati jika ada mana-mana sipolan cuba menjual kepada anda.

nugget emas palsu dalam bentuk chips

Penjualnya mungkin akan cuba meyakinkan anda bahawa emas itu tulen (gambar hiasan, model: anep)

Copper Pyrite: tembaga solid yang agak berat, kaler seperti emas, tetapi berubah menjadi hijau selepas ujian asid

Perangi emas palsu dipasaran negara

Hati-hati ketika membeli emas, bawa mereka yang lebih mahir jika ada yang datang menemui anda menawarkan emas nugget pada harga yang murah, mereka mungkin cuba memerangkap anda.

Penaiktarafan hafizjewel shop2

Buat maklumat pengunjung hafizjewel, kami sedang menaiktarafkan shop2 hafizjewel anda boleh melayari our online shop dengan klik button shop di sebelah kanan.

untuk tempahan atau pembelian, anda boleh menulis comment di setiap item yang disukai, kami akan reply comment anda secepat mungkin.

Jika kami lambat membalas email anda, anda boleh terus sms kepada hafiz: 012-3349940 atau shahrul 012-2301015.

Terima kasih dan Selamat Bercuti untuk Tahun Baru Cina akan datang. Berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung.

Etika Emas Estet

Ramai yang bertanya berkenaan pelaburan emas melalui etika emas didalam website kami. Pelaburan emas jongkong 999 yang dianjurkan oleh etika emas didalam ruangan Berita Harian Januari 2009 menarik minat masyarakat untuk terlibat didalam pelaburan emas fizikal. Pada bulan Julai 2009, Bank Negara telah melancarkan siasatan keatas syarikat Etika Emas diatas akta pengambilan deposit secara haram sekaligus membekukan akaun syarikat (dinafikan oleh Etika Emas). Krisis yang masih berlarutan menyebabkan pelabur mencari alternatif lain untuk mengelakkan kerugian dan pada masa yang sama mendapatkan semula capital yang dilaburkan.

Ada beberapa cara alternatif untuk pelabur etika emas antaranya

1. Berurusan dengan Koperasi Etika Emas

2. Berurusan dengan pihak ketiga (seperti kami)

3. Teruskan membayar upah simpan Ar-Rahnu sehingga harga naik.

4. Menebus sendiri emas dan menyimpannya.

5. Tunggu sehingga barang dilelong.

Untuk berurusan berkenaan etika emas dengan sila isikan borang berikut. Kami akan hubungi untuk maklumat lanjut.

Your Name (required)

Your Email (required)

Your Phone Number (required)

Your Location

Your Message (Berat:gram, Kualiti:916,750,emas putih)

Sila tuliskan huruf diatas didalam box dibawah untuk pengesahan

Tahukah anda? Jika anda memerlukan respons segera berkenaan harga, cara berurusan, khidmat nasihat dan pandangan, anda boleh klik link chat untuk terus berkomunikasi dengan saya. Saya biasanya online. (click here) atau sms ke 012-2301015-shahrul

Related Posts with Thumbnails
  • Page 1 of 2
  • 1
  • 2
  • >




New Lelong Item..

  • Rantai emas ERP0085
    Start Price: RM19.90 Dari... 
  • lelong item
    Gelang emas EPG0161
    Start Price : RM39.90 Dolphin... 
  • lelong item
    Cincin emas CZ0478
    Start Price : RM19.90 Dari... 
  • lelong item
    Cincin emas CZ0513
    Start Price : RM9.90 Dari... 
  • Cara Pembayaran

    • Bayaran melalui Maybank
    • No Akaun: 562263020423
    • Nama Akaun: Hafizgold
    • *setelah transaksi dilakukan sila sms kami, item anda akan dihantar dengan segera