Kedai emas online kini diupdate
Sedikit maklumat buat pengunjung Hafizjewel yang dihormati, setelah menanti sekian lama, kedai emas online kami yang menyediakan item-item barangan kemas dan batu permata pada harga teruja kini diuruskan oleh Saudari Siti Hajar bermula beberapa minggu yang lalu. Beliau kini sedang bertungkus lumus memasukkan semua data, gambar dan maklumat terbaru untuk pengunjung hafizjewel melihat dan memilih barangan kemas yang berkenan di hati anda.
Mengikut maklumat yang kami terima, beliau yang sedang tidak cukup tangan mengejar tempoh dateline yang ditetapkan oleh Pengarah Urusan Hafizjewel dilaporkan masih berkesempatan untuk melayan sebarang pertanyaan dan tempahan anda. Satu page bertajuk “saya ct” dibina di ruangan Hafizjewel Shop, untuk beliau memperkenalkan diri dan mencoret sesuatu yang menarik pada pandangan matanya untuk dikongsi bersama pengunjung.
Berminat untuk mendapatkan barangan kemas pada harga teruja? layari laman web kedai emas kami di sini.
Sebarang tempahan, anda boleh terus menulis di ruangan komen item tersebut dan kami akan membalasnya dengan segera. Diharap dengan kakitangan dan tenaga kerja yang cukup, kami mampu memberikan servis terbaik untuk pengunjung Hafizjewel.